Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, October 22, 2010

Nanyang Siang Pau bertarikh 24 September 2010 – BERAPAKAH MARKAH UNTUK MENDAPAT GRED A+ DALAM SUBJEK MANDARIN?

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Berita dalam Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 24 September 2010 (A5) – Berapakah markah untuk mendapat Gred A+ dalam subjek Mandarin?

KPM ingin menjelaskan bahawa markah sempadan dan markah mentah calon adalah sulit mengikut Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan).

KPM mempunyai kaedah yang diguna pakai di peringkat antarabangsa bagi penentuan gred dan markah sempadan (standard fixing) untuk menjamin kualiti keputusan semua jenis peperiksaan awam. Pakar-pakar pentaksiran dari luar negara turut dijemput untuk memastikan kaedah yang dilaksanakan diperakui dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment