Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, July 16, 2011

Bahasa Tamil

Tamil (தமிழ் tami) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.

Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.

Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal தமிழ் (/t̪ɐmɨɻ/). Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi fonetik, huruf ini biasanya dilambangkan dengan simbol penggeseran gelungan.

Sejarah

Satu set manuskrip daun palma dari abadke-15 atau ke-16, mengandungi doa Kristian dalam bahasa Tamil.

Tamil ialah salah satu bahasa-bahasa kuno di dunia dengan sejarah yang menjangkau 6000 tahun dan hasil sastera yang berusia lebih 2000 tahun. Asal-susl bahasa Tamil tidaklah berapa jelas, namun bahasa ini berkembang dan mekar di India sebagai bahasa berdikari yang kaya dengan sastera. Lebih 55% daripada catatan epigrafik di India ditemui dalam bahasa Tamil Berbeza daripada di Karnataka dan Andhra Pradesh di mana catatan awal ditulis dalam bahasa Sanskrit, catatan awal di Tamil Nadu hanya menggunakan bahasa Tamil. Bahasa Tamil mempunyai sastera yang tertua di kalangan bahasa Dravidia, tetapi adalah sukar untuk mengukur usia bahasa dan sasteranya secara tepat. Karya sastera di India dipelihara sama ada pada manuskrip daun palma (menandakan salinan berulang-ulang) atau melalui penyampaian oral, mengakibatkan pentarikhan karya-karya tersebut mustahil. Namun begitu, catatan kronologi luaran dan bukti lingustik dalaman menunjukkan bahawa karya-karya paling lama yang masih wujud barangkali disusun lebih kurang antara abad ke-2 SM dan abad ke-10 Masihi.

Pembuktian epigrafik bahasa Tamil bermula dengan catatan pada batu sejak abad ke-2 SM, ditulis dalam Tamil-Brahmi, iaitu bentuk adaptasi dari skrip Brahmi. Teks sastera paling lama yang masih wujud ialah Tolkāppiyam, sebuah karya puisi-pusisi dan nahu yang menerangkan bahasa zaman klasik, iaitu barangkali antara abad pertama SM dan abad ke-10 Masihi.

Pra pengkaji bahasa Tamil membahagikan kesusasteraan dan bahasa Tamil kepada zaman-zaman berikut:

1. Sangam (100 SM—300 M)

2. Zaman pasca-Sangam (300—600 M)

3. Zaman Bhakthi (600—1200 M)

4. Zaman Pertengahan (1200—1800 M)

5. Zaman Moden (1800—kini)

Kesusasteraan Sangam mengandungi kira-kira 50,000 baris puisi yang terkandung dalam 2381 puisi yang dihasilkan oleh 473 orang pemuisi termasuk ramai wanita. Kebanyakan puisi Sangam juga disesuaikan dengan iringan muzik. Ketika zaman pasca-Sangam, terhasilnya karya-karya penting seperti Thirukkural, serta puisi epik seperti Silappatikaram, Manimekalai, dan Sīvakacintāmani. Zaman Bhakthi dikenali kerana banyak mencurahkan lagu sembahyang diiringi dengan muzik pann, termasuk 9,295 lagu Tevaram mengenai Saivisme dan 4,000 lagu bagi Vaishnavism yang paling dikenali. Zaman pertengahan awal menyaksikan salah satu adaptasi bahasa Tamil yang masyhur bagi epik Ramayana, dikenali sebagai Kampa Ramayanam dan certia 63 Nayanmar yang dikenali sebagai Periyapuranam.

Sejarah tulisan Tamil.

Bahasa Tamil ditulis dengan sistem tulisan bergelar vaṭṭeuttu, iaitu sejenis abugida yang tergolong dalam famili Brahmi. Skrip Tamil merangkumi 12 huruf vokal, 18 konsonan dan satu aksara khas, iaitu āytam. Bunyi-bunyi vokal dan konsonan saling bergabung untuk membentuk 216 gugusan aksara, menjadikannya sejumlah 247 aksara. Sepertilah skrip Indic yang lain, semua konsonan mempunyai bunyi vokal a dalaman yang, dalam bahasa Tamil, digugurkan dengan membubuh titik di atas bergelar puḷḷi, pada aksara konsonan terbabit. Berbeza daripada kebanyakan skrip Indic, skrip Tamil ditak membezakan plosif bersuara dan tidak bersuara. Sebaliknya, plosif disebut dengan atau tanpa suara bergantung kepada kedudukannya dalam sesuatu perkataan, menurut hukum-hukum fonologi bahasa Tamil seperti yang dibincangkan di bawah.

Skrip Tamil berevolusi daripada satu bentuk skrip Brahmi Asoka yang dipanggil Tamil-Brahmi atau Tamili, yang berbeza daripada Asokan Brahmi pada beberapa sudut. Menjelang abad ke-9, Tamil-Brahmi berevolusi menjadi aksara-aksara yang lebih bulat bergelar vatteluttu (maksudnya, huruf berlengkung), maka dari inilah berevolusinya skrip moden. Pada abad ke-18, beberapa perubahan dilakukan pada skrip oleh mubaligh Itali bernama Constanzo Beschi, dikenali oleh orang-orang Tamil sebagai Veeramamunivar, bagi memudahkan cetakan skrip tersebut. Ini termasuk membubuh penanda vokal pada kedua-dua belah kiri dan kanan konsonan. Sekitar tahun 1935, E.V.Ramaswamy Periyar mencadangkan perubahan lagi agar lebih tahan uji dalam pencetakan.[18] Sebilangan daripada cadangan-cadangan tersebut diterapkan oleh kerajaan M.G. Ramachandran pada tahun 1978.

Inskripsi vaṭṭeuttu abad ke-11, dari Kuil Brihadisvara di Thanjavur

Selain aksara-aksara piawai, enam aksara yang dipinjam dari skrip Grantha lalu digunakan dalam kawasan Tamil untuk menulis bahasa Sanskrit, kadang-kadang digunakan untuk mewakili bunyi-bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Tamil, iaitu kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit,

Prakrit dan bahasa lain. Sistem tradisional bagi menulis kata pinjaman yang melibatkan menejanya semula mengikut fonologi bahasa Tamil dikekalkan.

No comments:

Post a Comment