Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, July 18, 2011

KAA

Latar Belakang
Pada bulan Februari 1990 Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia meminta Pengarah Pendidikan Negeri menubuhkan KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri masing-masing. Dalam Mesyuarat Penyelarasan Hal-hal Profesional (PHP) ke 29 pada bulan Januari 1991 Kertas Pelaksanaan KAA telah diluluskan. Pada tahun 1992, KAA telah dilaksanakan di 130 buah sekolah. Sehingga kini KAA telah meningkat sebanyak 543 buah sekolah dengan jumlah muridnya seramai 64,901 orang.


Kriteria Pengwujudan KAA

· Sekolah yang mempunyai asrama.

· Sekolah yang tidak mempunyai asrama, hendaklah mempunyai sistem perhubungan yang baik.

· Dibuka daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 atau mengikut keperluan.

· Jumlah maksimum murid tidak melebihi 35 orang satu kelas.

· Murid berada dalam aliran yang sama sehingga tingkatan 3 atau tingkatan 5.

· Pakej pengajian sebagaimana yang dilaksanakan di SMKA.

· KAA hendaklah melaksanakan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) sebagai aktiviti kokurikulum.

· Bahasa Arab merupakan subjek yang wajib dipelajari dan wajar diberi peluang kepada murid mengambilnya dalam peperiksaan.

· Pembukaan KAA adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang diadakan setiap tahun antara Bahagian-Bahagian di KPM bersama JPN.

· Bahasa Arab merupakan subjek yang wajib dipelajari dan wajar diberi peluang kepada murid mengambilnya dalam peperiksaan.

· Pembukaan KAA adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang diadakan setiap tahun antara Bahagian-Bahagian di KPM bersama JPN.


Pemilihan Murid

· Kelayakan minima 3A 2B dalam peperiksaan UPSR.

· Kelonggaran diberi sekiranya ada kekosongan atau tertakluk kepada budi bicara negeri berkenaan.

· Keutamaan diberi kepada murid yang menguasai Jawi dan boleh membaca Al-Quran dengan baik melalui ujian lisan dan bertulis yang dilakukan oleh JPN/PPD/PPG/sekolah.

· Borang permohonan masuk ke KAA diedarkan oleh PPD/PPG/JPN ke sekolah-sekolah kebangsaan/ Jenis kebangsaan.

· Sekolah menghantar borang permohonan ke PPD/PPG/JPN.

· Pemilihan calon-calon yang layak dibuat oleh PPD/PPG/JPN.

· Tawaran kemasukan ke KAA dikeluarkan kepada murid yang layak oleh JPN/PPD/PPG.


Bantua Kewangan

· Bantuan kewangan diberi bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti peningkatan kecemerlangan KAA untuk semua murid KAA.

· BPI menyalurkan bantuan kewangan ini melalui JPN dan diuruskan oleh SPI.

· Pihak sekolah hendaklah melaporkan semua aktiviti yang telah dilaksanakan termasuk Penyata Kewangan kepada JPN.


Cadangan Aktiviti

· Pengukuhan Nahu Bahasa Arab.

· Teknik menjawab soalan Bahasa Arab PMR dan SPM.

· Penguasaan bacaan dan penulisan Jawi semua murid KAA.

· Pengukuhan Pendidikan Islam dan Perkara-perkara Asas Fardhu Ain.

· Celik Al-Quran/ Tahsin Al-Quran/ Khatam Al-Quran.

· Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai.

· Menyedia Bahan Bantu Mengajar dan bahan rujukan bagi matapelajaran Pendidikan Islam Teras, Pengajian Islam Elektif dan Bahasa Arab.


No comments:

Post a Comment