Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, July 16, 2011

Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu :

* Universiti Malaya (UM)

* Universiti Sains Malaysia (USM)

* Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

* Universiti Putra Malaysia (UPM)

* Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

* Universiti Utara Malaysia (UUM)

* Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

* Universiti Malaysia Sabah (UMS)

* Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

* Universiti Teknologi MARA (UiTM)

* Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

* Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

* Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

* Universiti Malaysia Pahang (UMP)

* Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

* Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

* Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

* Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

* Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

* Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Objektif

* Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.

* Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.

* Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dan 30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf denganya.

* Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

* Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan menarik pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah

* Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi kepada 40% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional

* Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti dan 70% oleh kerajaan.

* Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan yang terbaik digunakan di peringkat antarabangsa

* Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

* Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.

Lima Teras Utama

* Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.

* Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.

* Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi.

* Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat antabangsa.

* Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

Nilai-Nilai Korporat

* Berintegriti

o Melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil dan saksama.

* Profesionalisme

o Berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan.

* Semangat Kerja Berpasukan

o Bekerjasama dalam melaksanakan tugas.

* Berorientasikan Pelanggan

o Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelnggan dari segi kecekapan masa, tahap layanan dan kualiti perkhidmatan.

* Berorientasikan Warga Kementerian Pengajian Tinggi

o Prihatin kebajikan anggota disamping mengutamakan kepentingan organisasi.

No comments:

Post a Comment