Pages

Pages

Pages - Menu

Tuesday, July 19, 2011

MITPE

Pengenalan Kepada MITPE
MITPE adalah peperiksaan yang dikendalikan untuk mengukur tahap kompetensi profesional IT di Malaysia. Program pensijilannya adalah sama taraf dengan peperiksaan IT yang dikendalikan oleh JITEC-IPA dari Kementerian Perdagangan dan Industri, Jepun.
Semenjak 2002, Multimedia Enhancement Technology Operation Sdn Bhd (METEOR) diberi tanggungjawab mengimplementasikan peperiksaan ITPE di Malaysia. Peperiksaan MITPE dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan telah mula dilaksanakan pada Oktober 2005.
Mengapa MITPE?
MITPE akan menambahkan nilai pengetahuan serta kemahiran dalam IT pada tenaga pekerja IT di Malaysia. Tenaga pekerja akan menjadi kompetitif dan lebih bersedia menghadapi pasaran global.
Faedah Peperiksaan IT Profesional di Malaysia
  • Untuk mendorong pelajar dan pekerja dapat mematuhi standard kemahiran IT dan amalan terbaik sedunia.
  • Bagi memastikan pelajar siswazah dan pekerja mempunyai pengetahuan asas, kompetensi, dan kemahiran dalam bidang IT yang bertaraf antarabangsa dan ini akan memberi mereka lebih peluang untuk mendapat pekerjaan.

Adakah MITPE diiktirafkan oleh industri IT?
Ya. Jawatankuasa IT Skill Standard ditubuhkan untuk memastikan kurikulum IT dan tahap kompetensi professional IT adalah bertaraf tinggi. Ahli jawatankuasa IT merangkumi MOHE, JPA, 17 buah institusi pengajian tinggi awam, Open University Malaysia, SIRIM, PIKOM, MCMC, MDC, MAMPU, dan pihak swasta yang lain.
MITPE juga secara automatik diiktiraf oleh METI, Jepun. Dengan yang demikian, calon yang berjaya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk bekerja di firma Jepun di Malaysia.
Adakah MITPE berfaedah kepada bidang pekerjaan?
Seseorang professional IT yang mempunyai sijil MITPE diiktiraf sebagai professional IT yang berkelayakan.
Siapa patut menghadiri program ini?
Siswazah dan dewasa yang bekerja/professional IT yang ingin menambahkan kemahiran serta kompetensi IT melalui pensijilan MITPE.
Siapa akan beri pengiktirafan pada sijil?
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan mengiktirafkan sijil MITPE.

No comments:

Post a Comment