Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, July 16, 2011

Penyata Razak 1956

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.

Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Tugas jawatankuasa

Tugas jawatankuasa ini ialah untuk:

* membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa

* menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

* menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain

* mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.

Cadangan

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.

3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.

4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.

5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.

8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

No comments:

Post a Comment