Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, July 18, 2011

Sokolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakatIslam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan member bantuan kepada sekolah-sekolah agamarakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan system baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan system pendidikan Negara. Proses penambaikan system pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana system pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar system pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agam diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.


Matlamat SMKA

1. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam

2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi

3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan

4. Member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara


Objektif

1. Mencapai kecemerlangan kurikulum dank o-kurikulum

2. Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia

3. Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani

4. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam

5. Menyediakan pelajar yang dapat member sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah


Falsafah

“Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal solehserta budaya Islam dn suasan pembelajaran yang seimbang kea rah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara."


Misi

Bagi meralisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :

1. Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk reality ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah

2. Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama

3. Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisyen dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam

4. Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum

5. Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim dini

6. Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempatdengan agensi-agensi luar


























No comments:

Post a Comment