Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, July 23, 2011

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB)

PENGENALAN

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) nama asalnya ialah Yayasan Permodalan Guru Kebangsaan (YPGKB) telah diperbadankan pada 07 Mac 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai ‘Syarikat Berhad Menurut Jaminan’ tidak mempunyai saham. Hasrat penubuhan YGMB adalah untuk menyatu dan menggemblengseluruh warga pendidik dan anggota Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan yang akan menjadi wahana penting bagi meningkatkan martabat dan maruah warga pendidik.

YGMB diuruskan oleh pengurusan yang dipengerusikan oleh Y. BHG. TAN SRI DATO’ HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM menggantikan Y. Bhg. Dato’ Hj. Salleh Bin Mohd Hussein mulai 16 Mei 2008 telah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam usaha untuk memperkenalkan produk – produk baru untuk kebajikan para guru disamping menyusun semula struktur organisasi YGMB. YGMB juga telah menyahut seruan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan mewujudkan Indeks Penilian Prestasi (KPI) perlu diikuti oleh pegawai dan kakitangan YGMB serta anak – anak syarikat dengan tujuan untuk penambahbaikan, pemantapan dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran YGMB.

Sehingga kini YGMB telah berjaya melunaskan hutang janji bagi permohonan Derma Tabung Kebajikan. Semua bayaran Derma Tabung Kebajikan dibayar terus ke dalam akaun ban ahli. Sungguhpun begitu Insya-ALLAH dengan aktiviti – aktiviti baru yang sudah dan akan dijalankan oleh YGMB kami berjanji akan menunaikan semua permohonan baru Derma Tabung Kebajikan yang memenuhi syarat daripada ahli – ahli YGMB.


MATLAMAT

Objektif utama YGMB ditubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan warga pendidik khasnya ahli – ahli Yayasan melalui bantuan yang meliputi pendidikan, kesihatan, khairat / derma kematian, bencana dan sebagainya.

Meningkatkan ekonomi warga pendidik melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang akan diceburi oleh anak – anak syarikatnya, terutamanya dalam bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan dan pembangunan hartanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.

Matlamat utama YGMB adalah untuk meningkatkan maruah dan martabat profesyen keguruan. Bagi mencapai matlamat ini, YGMB melalui anak – anak syarikatnya akan melabur dalam pelbagai bidang perniagaan yang mengguntungkan. Keuntungan pendapatan daripada anak – anak syarikat ini akan disalurkan kepada YGMB untuk tujuan kebajikan ahli – ahlinya. Matlamat ini juga adalah selaras dengan sasaran kerja utama Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah “Meningkatkan Martabat Guru”.


FALSAFAH

Penyatupaduan warga pendidik, pegawai dan kakitangan perkhidmatan serta peningkatan ekonomi dan kebajikan ahli – ahli melalui program – program sosio-ekonomi selaras dengan cogan kata Yayasan Guru Malaysia Berhad “BERSATU MAJU”.


PERANAN

Selaras dengan Misi, YGMB akan memainkan peranan sebagai platform utama kepada warga pendidik (ahli YGMB di dalam hal sosio-ekonomi dan kebajikan.

Yayasan Guru akan bertindak sebagai pusat pemantauan dan koordinasi dalam perkara yang melibatkan kebajikan dan sosio-ekonomi warga pendidik (ahli YGMB) menerusi program kebajikan yang tersedia seperti :

  1. Menyatukan semua kesatuan/persatuan guru
  2. Mejaga kebajikan
  3. Menjana peluang ekonomi

MISI

Mengadakan kebajikan bantuan serta kemudahan untuk guru
Menjana sumber kewangan untuk mengukuhkan dana kebajikan guru
Meningkatkan kualiti profesionalisme guru

VISI

Organisasi penyayang dan berwibawa dari guru untuk guru
demi martabat profesion keguruan


No comments:

Post a Comment