Pages

Pages

Pages - Menu

Thursday, March 29, 2012

Abdul Rahman bin Ya'kub


Tun Abdul Rahman bin Ya'kub (lahir 3 Januari 1928 di Bintulu) merupakan Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat. Dia digantikan sebagai Ketua Menteri oleh anak saudaranya Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Beliau berketurunan Melanau. 

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Paloh, negeri Sarawak. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Menteri Sarawak (1970 - 16 Mac 1981),
Yang di-Pertua Negeri Sarawak (1981 - 1985).