Pages

Pages

Pages - Menu

Tuesday, March 20, 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG



Program Guru Penyayang yang berkonsepkan guru penyayang dan sekolah penyayang di semua sekolah yang telah pun bermula pada sesi persekolahan awal Januari lalu dilancarkan di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar, Perak pada 15 Mei 2012 bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012.  

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Abd. Ghafar Mahmud ketika melancarkan program tersebut berharap suasana dan pendekatan tersebut berlaku di semua sekolah pada setiap hari persekolahan di mana setiap sekolah akan menjalankan program dan aktiviti berkonsepkan guru penyayang dan sekolah penyayang bagi membolehkan guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Menurutnya untuk membudayakan guru penyayang dan mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, guru seharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada murid-muridnya.

Guru sebagai ‘role model’ dalam membudayakan sikap kasih sayang demi memastikan murid-murid seronok belajar dan menganggap sekolah adalah seperti rumah keduanya, juga bertindak sebagai agen untuk melahirkan modal insan cemerlang, selain sebagai penjana kepada perubahan murid sama ada pemikiran, tingkah laku, keluhuran hati budi dan pertumbuhan fizikal.  

Sehubungan itu, Dato’ Sri Abd. Ghafar berharap guru dapat memainkan peranan penting dalam pendidikan dan bersedia mempraktikkan amalan-amalan terbaik yang terkini serta sentiasa mengaplikasikan pembelajaran ‘fun learning’ di sekolah sebagaimana yang telah dipraktikkan di kebanyakan negara maju yang terbukti berkesan dalam membantu perkembangan sosial, mental dan keyakinan diri kanak-kanak.

Tambahnya, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada muridnya, tetapi lebih daripada itu, iaitu mendidik, membimbing dan membangunkan potensi murid mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Profesion perguruan juga adalah untuk membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukan masa depan yang bebas daripada pelbagai krisis sosial dan moral.

Program Guru Penyayang dilaksanakan secara pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa, di mana bagi fasa pertama, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti iaitu mengalu-alukan kehadiran pelajar, melaksanakan program mentor mentee dan memberi penghargaan kepada pelajar.









1.0 PENGENALAN

TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.

Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!” Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri.” Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.” Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil. Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan sabar. Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, dan memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira latar belakang anak didiknya.

Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa “The giving of love is an education in itself”. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil signifikan ke atas orang yang dididiknya.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.

2.0 RASIONAL
2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut.
2.2 Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik, di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.
2.3 Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

4.0 JUSTIFIKASI
4.1 Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid.
4.2 Peningkatan kadar ponteng murid.
4.3 Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan.
4.4 Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas.



5.0 ANJURAN DAN KELOLAAN

Jabatan Pelajaran Johor
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor
Sekolah-sekolah Negeri Johor

6.0 PERSONALIA

Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang

Penaung : Pengarah Pelajaran Johor
Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah
Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar
Tim. Pengerusi : PK HEM
Naib Pengerusi 1 : PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : PK Kokurikulum
Naib Pengerusi 3 : PK Tingkatan 6/ PK Petang
Setiausaha : GKMP Kemanusiaan dan Kemasyarakatan (SM)/ PK KOKO (SR)
Penyelaras : Guru Bimbingan Dan Kaunseling
AJK : Semua GKMP/ Ketua Panitia
: Guru Disiplin
: Guru Kebajikan
: Guru Biasiswa
: Penyelaras tingkatan/Tahun
: AJK PIBG
: AJK Alumni




7.0 PENGISIAN / AKTIVITI
Rujuk Modul Guru Penyayang JPNJ

8.0 SASARAN

Guru dan murid dan seluruh warga sekolah

9.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Sepanjang tahun 2012

10.0 SUMBER KEWANGAN
10.1 PIBG
10.2 PCG kokurikulum sahsiah diri/ Pendidikan Islam dan Moral
10.3 Peruntukan LDP

11.0 PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah laku disiplin murid.

---------------------------------------------------------------------------

1.0 INTRODUCTION

DUTIES educator or teacher is not just providing knowledge, but also moral education to the children themselves. Teaching in any field whatsoever, personal character building aspects should be placed as the core of the educational efforts. In the modern era as well as challenging, career teachers are also more challenging. Many times reported on the existence of a small handful of teachers who are not able to control emotions and thus take action to punish protege beyond ethics as an educator. Therefore, teachers should always remember that educating people need high patience and love the mud. Without two important features, the teacher will face problems.

Prophet's guidance should be shown during practice teaching their students to meet the task. Many stories and events of the Prophet experienced educators who demonstrate superior noble character to emulate, remain relevant during and proofing time. Narrated by Anas bin Malik: "While we were in the mosque with the Prophet, a Bedouin came and sat squat to urinate in the mosque. Bedouin male friend said to them: Stop! Stop it! "But the Prophet said:" Do not disturb and leave him alone. "As such, they just let the man finish removing urine. Then the Prophet called the man and said to him: "In the mosque are not allowed to do things like passing urine or damage as mosques places of worship to God, where prayer and reading the Quran." Then the Prophet ordered a man to take a bucket water to wash the area where the desert man to urinate. Lessons can be taken from the story is do not be in haste to the person who commits an offense. Prophet in the event clearly shows the attitude of foresight in the face of a situation.

Offense to criticize a person by means of a prudent and gentle included a detailed explanation of the offense is the principle of the Prophet brought education and this example should be followed by teachers.

The story of Prophet also teaches us to be gentle when handling a person is ignorant and should teach such things to know without scold, so long as he does not show the attitude defiant. Imam al-Ghazali has outlined several criteria including leading an educator, a teacher must wait to receive a variety of students and accepted it. Teachers should be caring and not favoritism towards his players.

Confucius, a Chinese philosopher and educator who is very famous. Himself as a teacher, educational methods and approaches that are very informally, in accordance with the characteristics of different individuals. He suggested to his players what to learn, talk to them and sometimes just listening to the arguments and review his players with the patient. The proposal provided his players to develop strength, and improve weaknesses. He said that education should be carried out with love. Therefore, regardless of her background to educate his players.

Anna Eleanor Roosevelt, a United States citizen, a fighter for human rights is well known, once said that "The Giving of love is an education in itself". He felt that action had to love it is a form of education. This view shows the importance of an educator to continually demonstrated his love and create significant results on the dididiknya.
Gentle and caring teachers will succeed in his career. When the value of the embedded sound, the teacher must be aware that the patient is to bless His tireless efforts to educate. In addition, teachers also should be prepared for different levels of diversity of character and intelligence of the students so that teaching can be implemented with a calm mind.

2.0 RATIONALE
2.1 Problems pupils now need the perfect medium to help students and use the latest methods and approaches as well liked by the students.
Generation 2.2 students today consisting of generation Y and Z are unique, where they have a liberal and open mind.
2.3 Bridging the gap difference between teachers and students par

3.0 OBJECTIVES
3.1 To develop character and personality of students who liked by school staff.
3.2 Creating a harmonious atmosphere between teachers and pupils in line with current needs.
3.3 Raise feel appreciated and accepted among students.

4.0 JUSTIFICATION
4.1 There is an increase of discipline problems among students.
4.2 The increase in student absenteeism.
4.3 There have been reports / complaints of ethics violations of the teaching profession.
4.4 Increased number of teachers who are emotionally stressed in their work.



5.0 ORGANISED AND run

Johor Education Department
Johor State Education Departments
Johor schools

6.0 Personnel

Caring Teacher Programme Working Committee

Patron: Johor Education director
Advisory: District Education Officer
Chairman: Principal / Headmaster
Tim. Chairman: PK HEM
Vice Chairman of the 1: PK Administration
Vice Chairman 2: PK Co-Curriculum
Vice-Chairman 3: PK Form 6 / PK Afternoon
Secretary: GKMP Humanities and Social (SM) / PK COCOA (SR)
Coordinator: Teacher guidance and counseling
Committee: All GKMP / Panel Head
: Teacher Discipline
: Teacher Welfare
: Teacher Scholarship
: Coordinator Form / Year
: PTA Committee
: Alumni Committee




7.0 RECRUITMENT / Activities
Refer to Module JPNJ Caring Teacher

TARGET 8.0

Teachers and pupils across the school

9.0 DURATION OF IMPLEMENTATION

During the year 2012

10.0 FINANCIAL RESOURCES
10.1 PTA
2.10 PCG co personality / Islamic and Moral Education
10.3 The provisions of the LDP

11.0 Conclusion

Caring Teachers program is expected to contribute to the formation of personality of students in a more positive, creating a harmonious atmosphere between teachers and students, as well as to reduce discipline problems among students.

No comments:

Post a Comment