Pages

Pages

Pages - Menu

Sunday, May 27, 2012

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)


SEJARAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah ditubuhkan hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta kakitangan sekolah yang lain. Suruhanjaya tersebut yang lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Diraja Aziz telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.


1973
-
Urus Setia SPP ditempatkan secara sementara di Tingkat 9, Bangunan UMBC, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur







1974
-
SPP ditubuhkan secara rasmi dan beroperasi di Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan bilangan Anggota Suruhanjaya seramai lima orang







1975
-
Pejabat SPP telah berpindah ke Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur







1976
-
Keanggotaan SPP bertambah kepada sembilan orang







1977
-
Urusetia Cawangan Sarawak ditubuhkan pada 1 Jun 1977 berdasarkan kepadaEducation Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976) manakala Urusetia Cawangan Sabah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977







1978
-
Keanggotaan SPP bertambah kepada 10 orang







1988
-
Pejabat SPP telah berpindah ke Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur







1988
-
Keanggotaan SPP bertambah kepada 14 orang







1999
-
Pejabat SPP berpindah ke Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya







2001
-
Keanggotaan bertambah kepada 18 orang







2006
-
Keanggotaan bertambah kepada 26 orang



VISI, MISI DAN OBJEKTIF SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

VISI SPP
Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

MISI SPP
Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran

OBJEKTIF SPP
Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan


DASAR KUALITI, SLOGAN Q DAN KOD ETIKA

DASAR KUALITI
SPP Adalah Komited Terhadap Usaha Penambahbaikan Yang Berterusan Bagi Mencapai Harapan Pelanggan

SLOGAN Q
Bersama Meningkatkan Kecemerlangan

KOD ETIKA
T          -          Tegas, Adil dan Profesional
E          -           Efisyen dan Efektif
K          -           Keikhlasan dan Kesyukuran
A          -           Amanah dan Akauntabiliti
D          -           Dinamik dan Berdisiplin


CARTA ORGANISASI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN



TUGAS SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
SPP bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu:




PIAGAM PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

a.

Semua calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ditemu duga tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima





b.

Semua calon Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang layak dipanggil temu duga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan pengisian jawatan oleh Kementerian





c.

Keputusan temu duga dikeluarkan tidak lewat daripada empat minggu selepas kelulusan Suruhanjaya





d.

Surat Pengesahan Pelantikan dikeluarkan tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) yang lengkap diterima





e.

Keputusan urusan perkhidmatan dimaklumkan tidak lewat daripada enam minggu di Semenanjung dan lapan minggu di Sabah dan Sarawak dari tarikh perakuan lengkap diterima





f.

Rayuan Kenaikan Pangkat, Tindakan Tatatertib dan Rayuan Tatatertib diputuskan tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh perakuan yang lengkap diterima



UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN
Perlembagaan Persekutuan

arrow-3

Petikan Perlembagaan Persekutuan (Mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)





arrow-3

Perlembagaan Persekutuan - Bahagian 10 (Perkhidmatan Awam dan Tugas Suruhanjaya)





arrow-3

Perlembagaan Persekutuan - Bahagian 12 (Am dan Pelbagai)
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957

arrow-3

Akta Suruhanjaya 1957 (Semakan) 1989





arrow-3

Akta Suruhanjaya 1957 (Pindaan Jadual sehingga 2007)
Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

arrow-3

Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2007





arrow-3

Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pindaan) 2009
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

arrow-3

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005





arrow-3

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993





arrow-3

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan

arrow-3

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994





arrow-3

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan (Pindaan) 2010
Lain-Lain Rujukan

arrow-3

Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat 2010





arrow-3

Akta Pencen 1980 (Pensions Act 1980)



No comments:

Post a Comment