Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, May 30, 2012

Yayasan Bank Rakyat

Logo Yayasan Bank Rakyat
Logo
Logo Yayasan Bank Rakyat (YBR) masih mengekalkan logo Bank Rakyat. Ia merupakan kesepaduan imej yang mempunyai jalinan erat yang melambangkan keprihatinan YBR yang komited untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan anggota dan anak-anak anggota Bank Rakyat khususnya dan Malaysia amnya disamping menggalakkan sikap tolong-menolong di kalangan Masyarakat yang memerlukan.

Ikon Segi Tiga
Ikon tiga segi melambangkan objektif utama YBR dalam memberikan sumbangan kearah pembangunan pendidikan dan komitmen YBR untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Objektif ini memberi momentum ke arah mencerminkan warga kerja YBR yang optimistik dalam mencapai matlamat dan cita-cita Yayasan.

Warna
Biru melambangkan YBR sentiasa bersatu, bersedia, setia, profesional, komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menjayakan setiap misi yayasan. Putih melambangkan keikhlasan YBR untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada anggota dan anak-anak anggota khususnya dan orang ramai amnya.


Penubuhan Yayasan
Yayasan Bank Rakyat ditubuhkan setelah Perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat yang bersidang pada 11 Jun 2005 di PWTC, Kuala Lumpur bersetuju dengan usul supaya Bank Rakyat menubuhkan sebuah Tabung Pendidikan. Lanjutan dari kajian terhadap usul tersebut, satu keputusan telah dicapai di mana Bank Rakyat perlu mewujudkan sebuah Yayasan yang berfungsi sebagai sebuah entiti yang berasingan daripada operasi Bank Rakyat.

Permohonan penubuhan Yayasan ini telah dimajukan kepada pihak Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi dan Kementerian Kewangan . Kementerian ini telah bersetuju secara bersama dengan cadangan penubuhan sebuah Yayasan. Pada 1 Ogos 2006, Bank Rakyat telah menerima kelulusan dari Bank Negara Malaysia bagi penubuhan Yayasan dan pada 18 Ogos tahun yang sama Kementerian Kewangan telah meluluskan penggunaan perkataan �Bank� untuk nama Yayasan Bank Rakyat.

Setelah melalui pelbagai proses penubuhannya, Yayasan Bank Rakyat telah secara rasminya didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] dengan nombor pendaftaran PPAB-06/2007 pada 16 Mei 2007. Yayasan Bank Rakyat telah dilancarkan pada 5 April 2008 sempena majlis perasmian Mesyuarat Agung Bank Rakyat oleh Y.A.B Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi Datuk Noh Omar di Pusat Dagangan Dunia Putra. Yayasan telah memulakan operasinya pada 1 Oktober 2008.

Pengisian dana Yayasan diperolehi menerusi sumbangan sebanyak RM10.00 daripada jumlah dividen yang diperolehi oleh setiap anggota Bank Rakyat (individu dan koperasi) yang layak pada setiap tahun.


Visi Misi Yayasan Bank Rakyat
Visi
Berusaha untuk mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan serta berusaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi bidang ilmu dan pendidikan disamping menggalakkan sikap tolong menolong dikalangan rakyat Malaysia.

Misi
Menerima dan mentadbir dana yang disumbangkan oleh anggota masyarakat dan badan-badan korporat dengan bijaksana bagi memastikan kekukuhannya.

Memberi peluang yang adil dan saksama kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, memiliki sosio-ekonomi yang teguh dan berjasa kepada bangsa dan Negara.

Menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan Negara.

Matlamat
Matlamat utama penubuhan Yayasan Bank Rakyat ialah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat warganegara Malaysia, anggota dan anak-anak anggota yang berkelayakan yang telah mendapat dan menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS di dalam negeri.

Objektif
Membina dan meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia konsisten dengan Polisi Pendidikan Nasional dan Akta Pendidikan 1961 dari masa kesemasa tanpa prejudis kepada matlamat utama penubuhan Yayasan untuk memberi biasiswa dan pembiayaan kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS.

Menjaga dan menguruskan perihal urusan pemberian biasiswa atau pembiayaan pinjaman kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan dan yang telah diterima masuk atau yang sedang mengikuti kursus bagi peringkat sarjana atau ijazah sarjana lanjutan yang difikirkan oleh Yayasan layak menerima biasiswa atau pinjaman bagi tujuan pengajian mereka di IPTA/IPTS.

Menyedia dan menguruskan bantuan pendidikan berbentuk biasiswa atau pembiayaan/pinjaman (termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup) kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira agama, keturunan dan yang berkelayakan serta sedang menuntut di IPTA/IPTS atau mana-mana institusi pendidikan di dalam negeri yang akan diputuskan dari masa ke semasa.

Menyediakan perkhidmatan mengurus, mentadbir dan memungut bayaran pembiayaan/pinjaman yang diberikan.

Memberikan bantuan kepada semua rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan umumnya yang kurang upaya dan tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Memberi sumbangan amal kepada mana-mana individu, badan-badan atau pertubuhan sebagai menjalankan tanggungjawab sosial yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).


Bantuan Kewangan Pendidikan
Biasiswa
Biasiswa ditawarkan bagi pengajian akademik iaitu peringkat Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda dan Program Profesional kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS)

Pinjaman Pendidikan Boleh ubah (PPBU)
PPBU ditawarkan bagi peringkat pengajian peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama di IPTA/IPTS dan Institusi Latihan Awam/Swasta (ILA/ILS)



Aktiviti Semasa
Tajaan Biasiswa
Tujuan adalah membantu pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) di dalam negeri secara sepenuh masa.


Syarat dan kelayakan akademik
Bil Peringkat Pengajian Kelulusan Diperlukan
1. Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Ijazah Sarjana dengan CGPA 3.0 ke atas
2. Ijazah Sarjana Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas
3. Ijazah Sarjana Muda Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU STPM dengan sekurang-kurangnya Prinsipal A dalam 4 mata pelajaran ATAU STAM yang setaraf dengan kelulusan STPM ATAU Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi daripada Universiti berkenaan dengan CGPA 3.0 ke atas
4. Program Profesional Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU Lulus di peringkat 1 Program Profesional berkenaan dengan sekurang-kurangnya dengan CGPA 3.0

Tajaan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
Tujuan adalah membantu pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) dan Institusi Latihan Awam/Swasta (ILA/ILS) di dalam negeri secara sepenuh masa.


Syarat dan kelayakan akademik
Bil Peringkat Pengajian Kelulusan Diperlukan
1. Ijazah Sarjana Muda Diploma dengan CGPA 2.5 ke atas ATAU STPM dengan sekurang-kurangnya Prinsipal C dalam 2 mata pelajaran ATAU STAM yang setaraf dengan kelulusan STPM ATAU Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi daripada Universiti berkenaan dengan CGPA 2.5 ke atas
2. Diploma SPM dengan sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran gred A, 3 mata pelajaran gred B dan 2 mata pelajaran gred C
3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2 ATAU Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM

Institusi Pengajian
Biasiswa dan PPBU ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikut pengajian di tahun pertama di IPTA/IPTS di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA/ILS.

Pembangunan Pendidikan Seminar Skor 'A' UPSR, PMR & SPM
Tujuan adalah untuk membantu persediaan anak-anak anggota dan/atau anggota Koperasi sekolah bagi menghadapi peperiksaan UPSR, PMR & SPM Syarat-syarat kelayakan ialah kepada anak-anak anggota dan/atau anggota Koperasi Sekolah.

Seminar ini adalah sebahgian dari aktiviti pendidikan untuk menjaga kepentingan anak anggota/anak koperasi bagi membantu meningkatkan pembelajaran mereka didalam menghadapi peperiksaan.


Borang Permohonan (Klik Di sini  = BORANG)















 







     

No comments:

Post a Comment