Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, June 6, 2012

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong



Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2006 telah melaksanakan program baru dikenali sebagai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau King Schorlarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Mac 2005.

Biasiswa ini diperkenalkan bagi memberi pengiktiraf akan kebolehan luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri.

Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuat pada 29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.  Penerima biasiswa ini juga diperkenalkan kepada semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu majlis khas sebelum Majlis Santapan Malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Sila klik di sini untuk melihat senarai penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

No comments:

Post a Comment