Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, June 13, 2012

LANJUTAN PERMOHONAN GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BAGI PROGAM SEKOLAH DALAM HOSPITAL

LANJUTAN PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS DG 41,DG44 KUP, DG48 KUP) DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL.


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan diperluaskan di hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

3. Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG 41, DG44 KUP, DG48 KUP) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk mengisi jawatan di Sekolah Dalam Hospital berkenaan.

4. Mereka yang berminat mengajar dan bertugas di SDH dan memenuhi syarat seperti di Lampiran B, bolehlah mengemukakan permohonan mengunakan borang seperti Lampiran C.

5. Tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga 25 Jun 2012. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui email upkjohor@yahoo.com atau faksimili 07-2347127. Sila nyatakan email semasa membuat permohonan.

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Ab Rahman di Talian 019-7551020 atau 07-2310004.
Sekian, terima kasih

LAMPIRAN
LAMPIRAN B (Lain-Lain)
LAMPIRAN C (Lain-Lain)

No comments:

Post a Comment