Pages

Pages

Pages - Menu

Thursday, June 7, 2012

Permohonan biasiswa kerajaan India dilanjut sehingga 18 Jun


KUALA LUMPUR - Permohonan bagi biasiswa khas anak perantau (SPDC) daripada kerajaan India untuk mengikuti kursus peringkat ijazah di universiti di India bagi sesi 2012/2013, kini dilanjutkan mulai Ahad 10 Jun sehingga Isnin 18 Jun.

Kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di sini hari ini menyebut biasiswa itu bagi kursus dalam bidang kejuruteraan, seni bina, teknologi, ilmu kemanusiaan, seni liberal, perdagangan, pentadbiran perniagaan, pengurusan perniagaan, aplikasi komputer, kewartawanan, pengurusan hotel, pertanian, penternakan haiwan, sains dan undang-undang.
Pemohon mesti berusia antara 17 dan 21 tahun setakat 1 Okt tahun ini dan pendapatan keluarga pula berjumlah tidak melebihi US$2,250 (RM7,052) sebulan.
Pemilihan akan dibuat berdasarkan markah yang diperoleh calon dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau 'A' Levels atau peperiksaan yang setara.
Pemohon mesti memperoleh markah agregat 60 peratus atau gred yang setara di peringkat persekolahan tinggi seperti yang diiktiraf oleh Association of Indian Universities.
Mereka juga mesti mengikuti pengajian dalam subjek asas seperti yang ditetapkan di peringkat peperiksaan kelayakan untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus pengajian tertentu.
Menurut kenyataan itu lagi borang permohonan dan maklumat lanjut dapat diperoleh dengan melayari laman web suruhanjaya tinggi itu di www.indianhighcommission.com.my/spdc.php atau dari Sayap Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India, Tingkat 28, 1Menara Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur sebelum 18 Jun. - Bernama

No comments:

Post a Comment