Pages

Pages

Pages - Menu

Tuesday, June 12, 2012

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA


Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa merupakan program hadiah tahunan yang diberikan kepada mereka yang terpilih.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
Pecahan Program HLP Tahun 2013 adalah seperti berikut :
HLP Peringkat Kedoktoran
Bil.Kategori
1.HLP Am (Dalam Negara)Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Kolej Matrikulasi)
2.HLP Luar NegaraTerbuka kepada semua PPPS yang berkhidmatan di KPM
3.HLP IPGTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
4.HLP IABTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) sahaja
5.HLP MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Kolej Matrikulasi sahaja
HLP Peringkat Sarjana
Bil.Kategori
1.HLP AmTerbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Kolej Matrikulasi)
2.HLP IPGTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
3.HLP MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Kolej Matrikulasi sahaja

No comments:

Post a Comment