Pages

Pages

Pages - Menu

Thursday, July 12, 2012

ANUGERAH BIASISWA KUMPULAN FELDA GLOBAL

    
 KUMPULAN FELDA GLOBAL
ANUGERAH BIASISWA 2012

Apakah yang anda akan cuba usahakan jika anda percaya anda akan berjaya?
Dalam komitmen kami menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat, kami menawarkan biasiswa kepada anak-anak muda Malaysia yang berazam untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Sekiranya anda berminat untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi ternama di luar negara, kami mempelawa anda untuk memohon Anugerah Biasiswa Kumpulan Felda Global.

Cita-cita dan aspirasi anda serta sumbangan kami hari ini mungkin membentuk masa depan anda esok.

BIDANG PENGAJIAN
     
    1. Kejuruteraan 2.  Bioteknologi
    3. Perakaunan 4. Kewangan
    5. Teknologi Maklumat 6. Pemasaran Antarabangsa
     
PROGRAM    
     
1. Kejuruteraan dan Bioteknologi
     Kelayakan Akademik:    
  • Keputusan SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana matapelajaran berkaitan dengan Kejuruteraan dan Bioteknologi.
  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2012.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
2. Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa    
    Kelayakan Akademik:     
  • Keputusan SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Perakaunan, Sains dan Sejarah/Geografi.
  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2012.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
TERMA DAN SYARAT
  • Jawatankuasa Pemilihan Kumpulan Felda Global berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
  • Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bilamana perlu.
  • Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.


KAEDAH PERMOHONAN
  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web http://www.feldaholdings.com
  2. Permohonan atas talian ini dibuka sehingga selewat-lewatnya pada 7 April 2012.
  3. Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
  4. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu PERMOHONAN BIASISWA di bahagian kiri, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  5. Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan dibawa bersama dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan seperti sekeping gambar berukuran pasport, kad pengenalan, slip SPM 2011, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil-sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa dan slip gaji ibu dan bapa semasa menghadiri sesi temuduga.
  6. Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
  7. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.

No comments:

Post a Comment