Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, July 16, 2012

Manisnya Menjadi Gadis : Program mak nyah ceramah HIV di sekolah


KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran (KPM) buat pertama kalinya menganjurkan program kesedaran mengenai bahaya HIV dengan membawa mak nyah memberi ceramah di sekolah-sekolah.

Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM, Jevanartham Baby berkata, program yang bertemakan Manisnya Menjadi Gadis itu juga merupakan serampang dua mata pihaknya bagi membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

"Program ini turut menjemput seorang mak nyah yang hanya mahu dikenali sebagai Maligai yang kini penghidap HIV bagi menceritakan pengalaman kepada pelajar tentang keburukan akibat masalah sosial," ujarnya ketika ditemui semasa program itu yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul di sini semalam.

No comments:

Post a Comment