Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, July 11, 2012

Pecah bibir ditinju cikgu


SHAH ALAM: Gara-gara tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Teluk Panglima Garang, dekat Banting menerima padah apabila mendakwa mulutnya ditumbuk oleh seorang guru lelaki, Khamis lalu.

Kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu menyebabkan bibir Muhammad Hafiz Nazhah Mokhtar, 13, pecah dan membengkak menyebabkannya tidak boleh menjamah makanan keras dan nasi sejak lima hari lalu. 

Difahamkan, guru lelaki berusia 20-an itu tidak berpuas hati dengan penjelasan mangsa mengenai kegagalannya hadir ke sekolah tanpa sebab selama 10 hari sejak awal tahun lalu.

Ibu saudara mangsa, Latifa Johari, 42, berkata pada hari kejadian, anak saudaranya pulang ke rumah didiami bersama ibu dan neneknya di Kampung Teluk Panglima Garang dalam keadaan tali leher dan baju sekolah berlumuran darah.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa mangsa tiada di rumah dan berada di luar kawasan atas urusan kerja.

No comments:

Post a Comment