Pages

Pages

Pages - Menu

Sunday, July 15, 2012

Program Intervensi Anak Negara (INTAN)


Pengenalan

1.0 PENGENALAN PROGRAM
Remaja kini mudah terdedah dan mengikut arus kehidupan tanpa ada panduan hidup, kekuatan diri dan aspek agama yang lemah. Akhirnya mengheret mereka ke arah tingkahlaku bertentangan dengan asas-asas agama, budaya dan peradaban hidup. Oleh sebab itu, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah berusaha untuk membantu dan memberi bimbingan kepada murid-murid remaja lelaki yang telah dikenalpasti melalui ujian urin dan kes tangkapan polis. Program ini dirancang dan dilaksanakan untuk membentuk keterampilan murid dan berkemampuan menjauhkan diri dari gejala dadah serta membina jati diri, keteguhan emosi dan bijak membuat keputusan.

2.0 RASIONAL PROGRAM
Murid harus diberi pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah sebagai pengukuhan diri. Kekuatan emosi, rohani dan jasmani juga merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan kesedaran diri supaya tidak terus terjerumus ke kancah penyalahgunaan dadah serta gejala sosial yang lain.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Membantu peserta mengenalpasti potensi diri sebagai persediaan menghadapi masa depan yang mencabar.
3.2 Membina dan mempertingkatkan keyakinan diri dan jatidiri demi kecemerlangan sahsiah diri.
3.3 Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
3.4 Membina kemahiran asertif untuk mengelakkan diri dari terpengaruh dengan gejala sosial.
3.5 Membimbing peserta asas mensucikan diri.
3.6 Membentuk kefahaman, kesedaran dan kewajipan mendirikan solat.
3.7 Melatih dan memberi pendedahan tentang kemahiran konsep kendiri yang dinamik.

4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Murid lelaki positif urin
4.2 Murid lelaki kes tangkapan polis
4.3 680 orang peserta mengikut zon

ZON

NEGERI

JUMLAH PESERTA
1

Kedah, Perlis dan P.Pinang

100 orang
2

Perak, Selangor, WPKL dan WP Putrajaya

100 orang
3

Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

70 orang
4

Pahang

100 orang
5

Terengganu

100 orang
6

Kelantan

140 orang
7

Sarawak

70 orang

5.0 TEMPOH MASA : 3 hari 2 malam

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN
6.1 Perhimpunan
6.2 Aktiviti Kelompok Besar
6.3 Latihan Dalam Kumpulan.
6.4 Ceramah
6.5. Tayangan Video
6.6. Kegiatan Luar
6.7. Aktiviti Kerohanian / amali solat/kuliah agama / kuliah moral
6.8. Riadah berkonsepkan pembinaan jatidiri
6.9. Penilaian Kendiri / Muhasabah diri
6.10. Ikrar / Akujanji
6.11. Aktiviti Fizikal

7.0 PENGISIAN
7.1 Perhimpunan
7.1.1 Pengurusan diri
7.1.2 Pengurusan kem
7.1.3 Patriotisme

7.2 Aktiviti Kelompok Besar
7.2.1 Set minda
7.2.2 Membina kejelekitan
7.2.3 Yakin diri

7.3 Ceramah
7.3.2 Harga diri
7.3.3 Juara (dari negatif ke positif)
7.3.4 Muhasabah Diri

7.4 Riadah petang
7.4.1 Senaman
7.4.2 Permainan kaunseling

7.5 Kembara ilmu
7.6 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
7.7 Pengenalan diri dan penglibatan diri
7.8 Penerokaan diri
7.9 Perkongsian emosi
7.10 Tindakan
7.11 Kuliah agama / moral/ Amali Solat
7.12 Bimbingan kerohanian.

8.0 PERSONALIA
8.1 Pegawai PPDa JPN
8.2 Pegawai PPDa Daerah
8.3 Kaunselor
8.4 Ahli Agama
8.5 Penceramah jemputan

9.0 MAKLUMAT AM / PENUTUP
Setiap pengisian tertakluk kepada pindaan dan proses penambahbaikan. Aktiviti harus mengikut kesesuaian situasi setempat. Di akhir program ini, diharapkan peserta mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dalam masyarakat dan mempunyai azam baru yang lebih dinamik.

No comments:

Post a Comment