Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, July 2, 2012

Tawaran "one-off" kepada pelajar India penuhi kekosongan tempat matrikulasi


KUALA LUMPUR 2 Julai - Kementerian Pelajaran akan membuat tawaran secara "one-off" atau sekali sahaja kepada 557 pelajar kaum India lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak bagi memenuhi kekosongan tempat untuk mengikuti kursus matrikulasi sesi akademik 2012/2013.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu dibuat kepada para pelajar untuk sesi ambilan ketiga dan akan ditempatkan di 13 buah kolej matrikulasi kerajaan di seluruh negara.

Pelajar-pelajar yang layak akan menerima surat tawaran secara manual yang akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 11 Julai dan mereka perlu mendaftarkan diri pada 18 Julai, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment