Pages

Pages

Pages - Menu

Thursday, August 30, 2012

Anugerah Inovasi Jabatan Pelajaran Johor

1. Anugerah Khas Inovasi
Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang mempunyai kepimpinan yang tinggi, gaya pengurusan berkarisma dan mempunyai bina upaya untuk membawa perubahan dan pembaharuan dalam menyumbang kepada kecemerlangan dan kejayaan organisasi.

OBJEKTIF

KRITERIA
Kepimpinan organisasi, kecekapan tadbirurus, sumbangan besar kepada masyarakat, amalan budaya kerja cemerlang,mampu mewujudkan iklim organisasi yang harmoni dan sebagainya.

2. Anugerah Inovasi Pengarah Pelajaran
Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang kreatif dan berkemahiran tinggi dalam mempelbagaikan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di Sekolah.

Mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk menarik minat murid terhadap pelajaran, seorang yang sangat bertanggungjawab, komited dan kreatif terhadap mutu penyampaian perkhidmatan pendidikan, mewujudkan budaya cinta ilmu, serta menyumbang kepada kecemerlangan dan kejayaan murid-murid.

3. Anugerah Inovasi Pengurusan Perkhidmatan
Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai/kakitangan yang kreatif dan berkemahiran tinggi dalam memperkenal dan melaksana penambahbaikan terhadap kaedah, proses dan prosedur kerja supaya mutu penyampaian perkhidmatan meningkat, lebih baik, cekap dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Memberi nilai tambah terhadap fungsi sumber manusia, pengurusan pelanggan, peningkatan penggunaan medium teknologi maklumat, kemahiran pengurusan program/projek, pematuhan piagam pelanggan, peningkatan terhadap kepuasan pelanggandan mematuhi hasrat stakeholder.

4. Anugerah Inovasi Rekacipta/Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK)
Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai/kakitangan yang kreatif dan berkemahiran tinggi dalam menghasilkan produk baru, atau menambahbaik produk sedia ada yang mana dapat meningkatkan fungsi, kebolehan teknikal dan menyumbang kepada penjimatan kos.

Penghasilan produk berbentuk fizikal, yang memudahkan urusan penyampaian perkhidmatan dan menjimatkan kos operasi sedia ada.

No comments:

Post a Comment