Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, August 13, 2012

Bayaran Lebih Masa



  • Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa?

    Kerja lebih masa adalah kerja-kerja rasmi / hakiki seseorang pegawai atau Jabatan yang dijalankan atas arahan Ketua Jabatan di luar waktu bekerja biasa yang telah ditetapkan, atau pada hari rehat mingguan atau pada hari kelepasan am.


  • Siapakah yang layak diberi Bayaran Lebih Masa?

    Semua pegawai dalam Kumpulan Sokongan layak dibayar Bayaran Lebih Masa kecuali pegawai dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.


  • Adakah pegawai yang berkelayakan diberi Bayaran Lebih Masa boleh memilih untuk ditukar dengan Cuti Gantian?

    Pegawai yang berkelayakan boleh memilih untuk diberi Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian. Jika pegawai memilih untuk mendapatkan Cuti Gantian, pegawai perlu mempunyai 9 jam kerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 hari Cuti Gantian.


  • Adakah pegawai yang menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat boleh menuntut Bayaran Lebih Masa dan Elaun Bertugas Rasmi di Luar Ibu Pejabat?

    Pegawai yang diarah menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut Bayaran Lebih Masa dan juga elaun bertugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Perjalanan Kenderaan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2010.


  • Adakah pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel yang diadakan di luar waktu bekerja boleh dibayar Bayaran Lebih Masa?

    Pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel tidak layak dibayar Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian kecuali pegawai yang menjadi urusetia yang mengendalikan kursus / seminar / bengkel tersebut.
  • No comments:

    Post a Comment