Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, August 8, 2012

Bengkel Daya / Terlindung


Pengenalan
Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah-Kaedah Workshop Terlindung 1979. Bengkel ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Institusi berkenaan adalah seperti berikut:-
  • Bengkel Daya Klang
  • Bengkel Daya Sungai Petani

Objektif
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya.
  • Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran warga kurang upaya.
  • Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang upaya.

Kriteria Kemasukan
  • Berdaftar dengan JKM
  • OKU yang terlatih berumur 18 hingga 45 tahun
  • OKU fizikal dan masalah pembelajaran
  • Bebas daripada penyakit berjangkit
  • Boleh mengurus diri sendiri
  • Percubaan selama 3 bulan bagi pekerja OKU yang baru diterima masuk

Projek / Pekerjaan
  1. Bengkel Daya Sungai Petani menjalankan projek-projek / pekerjaan seperti:
    • Bengkel Bakeri
    • Kimpalan
    • Memproses Sos Ikan Bakar dan Sos Cili
    • Jahitan
    • Kerja-kerja Am / Kebersihan Kawasan
    • Jualan Air Tebu dan Makanan Ringan
    • Melukis dan Mewarna Batik
    • Nurseri / Semaian

  2. Bengkel Daya Klang pula menawarkan 3 jenis perkhidmatan:-
  • Jahitan
    • Menerima kontrak jahitan beg, pakaian seragam, kasual fesyen lelaki dan perempuan serta hiasan rumah, pejabat (langsir, cadar dan sarung bantal).
  • Perkhidmatan Am
    • Menerima kontrak kerja-kerja yang bersesuaian dengan keupayaan pekerja seperti kerja-kerja berkaitan plastik dan pembungkusan serta kerja sampingan dari kilang.
  • Bakeri
    • Membuat dan menjual roti dan kek kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang. Di antara roti bun yang mendapat sambutan dari pelanggan ialah:
      • Bun sardin, kentang, hotdog, kelapa, kaya, manis dan bun kacang
      • Mini Pizza
      • Muffin
      • Kek Pisang, pandan, coklat dan lain-lain.

Ganjaran / Upah
  • Upah mengikut hasil kerja
  • Potongan KWSP / PERKESO
  • Cuti tahunan 14 hari

Kemudahan
  • Tempat tinggal
  • Riadah dan rekreasi
  • Perkhidmatan kaunseling
  • Kantin
  • Elaun pekerja cacat RM300 sebulan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Bengkel Daya Sungai Petani
Kompleks Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda,
Jalan Pahlawan,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Tel:    04-4217233
Faks: 04-4217236


Bengkel Daya Klang
KM. 4, Jalan Batu Unjur,
Persiaran Tengku Ampuan Rahimah,
41200 Klang.
Selangor Darul Ehsan

Tel:  03-33234158 
Fax: 03-33233295

No comments:

Post a Comment