Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, August 27, 2012

Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (ipptar)



Institut Penyiaran Tun Abdul Razak diwujudkan pada tahun 1971 sebagai Pusat Latihan Penyiaran Negara bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1974, pusat latihan ini berpindah ke Bangunan IPTAR, Kompleks Angkasapuri.
IPTAR sebagai sebuah institusi nasional menyediakan kursus-kursus profesional dalam bidang penyiaran. IPTAR melaksanakan tujuh program latihan profesional penyiaran untuk meningkatkan prestasi pegawai-pegawai RTM.

Kursus dan program latihan yang dijalankan ialah :-
         1.    Latihan Rancangan TV
         2.    Latihan Rancangan Radio
         3.    Latihan Kejuruteraan TV
         4.    Latihan Kejuruteraan Radio
         5.    Latihan Kejuruteraan Asas (Pemancar dan Bersepadu)
         6.    Latihan Pengurusan Teras dan Pembangunan Rancangan
         7.    Latihan ICT

Selain menjalankan kursus-kursus penerbitan rancangan dan kejuruteraan Radio, TV dan filem bagi meningkatkan prestasi pegawai-pegawai RTM, IPTAR turut membuka peluang kepada peserta-peserta dari jabatan/agensi luar mengikuti kursus-kursus yang berkaitan.

Sepanjang 40 tahun sebagai pusat latihan, IPTAR telah melaksanakan hampir tiga ribu kursus dan melatih lebih daripada 30 ribu orang peserta dengan purata lebih seribu orang setiap tahun. Di samping menjadi pusat latihan penyiaran tempatan, Bangunan IPTAR juga menempatkan pejabat penyiar kawasan Asia-Pasifik, iaitu Asia-Pasific Institute of Broadcasting Development (AIBD) dan Asia-Pasific Broadcasting Union (ABU).

Semenjak tahun 1984 IPTAR dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri melatih penyiar-penyiar luar negara dalam Program Kerjasama Teknikal Malaysia. Setakat ini 133 buah negara telah dikenal pasti sebagai ahli program.

IPTAR mengubah hala tuju seiring dengan perkembangan media masa kini. Bermula 16 Ogos 2008, IPTAR telah dijadikan sebagai institusi latihan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia ke arah menjadikannya sebagai sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang penyiaran, komunikasi dan media. IPTAR kini dikenali sebagai Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak atau IPPTAR.

Pada April 2009 Kementerian Penerangan digabungkan dengan dua kementerian lain dan bertukar nama kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sebanyak 18 buah jabatan dan agensi ditempatkan dalam pengawasan kementerian ini.

Perancangan dan pelaksanaan kursus/latihan IPPTAR berdasarkan Kajian Keperluan Latihan yang dilaksanakan melalui Bengkel Pengurusan Latihan yang diadakan setiap tahun. Bengkel ini dianggotai oleh Ketua Bahagian Latihan IPPTAR dan wakil jabatan dalam KPKK. IPPTAR turut melaksanakan arahan pihak kementerian untuk mengadakan kursus yang diperlukan dari semasa ke semasa.


No comments:

Post a Comment