Pages

Pages

Pages - Menu

Tuesday, August 7, 2012

Kejohanan Merentas Desa MSSM



LATAR BELAKANG
MERENTAS DESA
1. PENDAHULUAN
Satu cabang sukan yang tersendiri dan menjadi latihan tambahan kepada olahraga untuk acara padang dan balapan. Agak sukar untuk menggubal satu peraturan standard yang tetap bagi sukan ini. Kita harus menerima “ berjaya atau gagalnya ” acara ini banyak bergantung kepada keadaan semulajadi tempat dan kebolehan “pereka laluan”.
Dicadangkan panduan dan speksifikasi bagi membantu kita menyediakan satu laluan yang agak seragam untuk mengelolakan kejohanan ini.

2. TEMPAT LALUAN
2.1 Laluan ( trek ) hendaklah direka di kawasan terdedah atau kawasan hutan kayu, jika boleh, dilindungi dengan rumput, mempunyai halangan semulajadi yang boleh digunakan oleh pereka laluan membina satu haluan perlumbaan yang lebih menarik dan mencabar.
2.2 Kawasan itu hendaklah cukup luas bukan hanya untuk menempatkan haluan tetapi juga segala kemudahan yang diperlukan.

3. MEREKA LALUAN
3.1 Satu trek berlengkar ( loop course ) hendaklah direkakan dengan lengkarannya berukuran antara 1750m dan 2000m. Jika diperlukan satu lengkaran kecil boleh ditambahkan supaya ianya bersesuaian dengan jarak keseluruhan yang diperlukan bagi berbagai acara, dimana lengkaran kecil itu perlu dilari pada peringkat awal acara itu. Adalah disarankan setiap lengkaran panjang harus mempunyai sebanyak 10 meter pendakian.
3.2 Halangan asli yang ada hendaklah digunakan jika boleh. Elakkan daripada kawasan seperti berikut:
3.2.1 Bukit atau halangan yang terlalu tinggi;
3.2.2 Lurah yang dalam;
3.2.3 Pendakian dan penurunan yang merbahaya
3.2.4 Semak samun yang tebal atau sebarang halangan yang menyebabkan kesukaran melampau yang boleh mendatangkan bahaya dan menjejaskan keselamatan peserta
3.3 Sebaik-baiknya halangan tiruan tidak digunakan, tetapi jika tidak dapat dielakkan ia hendaklah dibuat menyerupai halangan yang asli yang sepatutnya ditemui pada kawasan sedemikian.
3.4 Dalam perlumbaan yang mempunyai ramai peserta, trek yang sempit atau halangan yang boleh mengganggu larian peserta hendaklah dielakkan pada 1500 meter pertama.
3.5 Sebaik-baiknya trek merentas desa tidak melintasi jalan raya yang kerap. Jika keadaan ini tidak dapat dielakkan kawasan jalan raya itu hendaklah ditutup dengan rumput, tanah atau pengalas.
3.6 Selain daripada permulaan dan penamat, trek hendaklah tidak mempunyai sebarang kelurusan yang panjang. Satu haluan asli yang tidak beralun dengan lengkok yang kurang tajam atau kelurusan yang pendek adalah yang paling sesuai.
3.7 Tidak lebih 20 % trek boleh dibuat diatas jalan berturap. Trek boleh dibuat dengan mempunyai pusingan

4. LALUAN
4.1 Trek hendaklah ditanda dengan pita di kedua-dua belahnya. Adalah dicadangkan satu koridor 1 meter lebarnya hendaklah dibuat dan dipagar dari luar trek untuk kegunaan pegawai dan media sahaja.
4.2 Kawasan genting hendaklah dipagar, khasnya di kawasan permulaan (termasuk kawasan memanaskan badan dan bilik panggilan) dan kawasan penamat. Hanya orang yang diiktiraf dibenarkan memasuki kawasan ini.
4.3 Kawasan Permulaan dan penamat disyorkan selebar 5 meter.
4.4 Laluan hendaklah diukur dan jaraknya dinyatakan dan dikepilkan bersama dengan peraturan pertandingan dan keterangan ringkas mengenai kawasan trek dengan memberikan gambaran ( profile ) peratusan kawasan yang digunakan.

5. JARAK LARIAN
KATEGORI
PERINGKAT UMUR
JARAK
A
Lelaki 18 tahun
8 km
B
Perempuan 18 tahun
6 km
C
Lelaki 15 tahun
6 km
D
Perempuan 15 tahun
6 km

6. PERMULAAN
6.1 Larian akan dimulakan dengan menggunakan letupan pistol. Kata perintah yang standard bagi larian jarak jauh akan digunakan.
6.2 Garisan permulaan akan dibuat dengan peserta-peserta dari satu-satu pasukan akan berbaris memanjang ke belakang.

7. MINUMAN/PEMBASAHAN DAN STESEN PERSEGARAN
7.1 Air dan minuman persegaran lain yang sesuai hendaklah disediakan di permulaan dan penamat perlumbaan.
7.2 Bagi setiap pusingan jika keadaan cuaca memerlukan ia hendaklah disediakan.

No comments:

Post a Comment