Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, August 27, 2012

Kempen Membaca Kebangsaan



Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. 

Mulai tahun 2006 di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti Kempen Membaca, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat telah menyediakan pangkalan data Literasi Maklumat i-baca.


OBJEKTIF


  • Menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca
  • Memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya
  • Memperluaskan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas
  • Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang
  • Mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pembacaan dan keilmuan
  • Merapatkan golongan masyarakat dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia
  • Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif


KUMPULAN SASARAN

  • Institusi Kekeluargaan
  • Institusi Pendidikan
  • Institusi Kemasyarakatan
  • Sektor Perkhidmatan Awam dan Swasta
  • Sektor Perpustakaan Awam Negeri
  • Sektor Penerbitan


SLOGAN KEMPEN MEMBACA
1995   Mari Membaca Bersama
1996   Generasi Berilmu Penggerak Wawasan
1997   Melangkah ke Era Siber : teruskan dengan membaca
Mendalami Ilmu Pengetahuan : teruskan dengan membaca
Menjelajahi Dunia Ilmu : teruskan dengan ilmu
1998   Kalau dahulu saya amalkan membaca – anda masih belum terlambat...
1999   Ilmu Merintis Kecemerlangan Minda
2000   Baca Amalan Ceria Anda : Masyarakat Berilmu Pemangkin Komuniti dan K-Ekonomi
2001   Membaca Merdekakan Minda
2002   baca@gaya hidup
2003   Membaca Santapan Minda Sekeluarga
Bacalah Bersama Keluarga...
2004   Rajin Membaca Pasti Berjaya
2005   Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2006   Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2007   Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2008   Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

VISI KEMPEN MEMBACA
“Ilmu Membangun Tamadun”

MISI KEMPEN MEMBACA
“Memupuk Budaya Membaca Sepanjang Hayat”

TEMA DAN LOGO


BAHAN DAN PENERBITAN



No comments:

Post a Comment