Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, August 8, 2012

Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh

Pengenalan
Kompleks Penyayang BAKTI lahir atas dasar kesedaran terhadap perlunya sebuah institusi yang memberikan khidmat kebajikan berbentuk integrasi kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti kanak-kanak, warga tua dan ibu-ibu tunggal.

Penwujudan kompleks ini adalah hasil gabungan tenaga Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri (BAKTI) sebagai badan NGO, Tetuan Yarisan Holdings Sdn. Bhd. (Swasta) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Kerajaan). “Pakatan Tiga Pihak” ini melambangkan keperihatinan setiap sektor masyarakat Malaysia terhadap mereka yang kurang bernasib baik serta menjadi contoh kerjasama yang unggul.

Menerusi gabungan ini BAKTI sebagai pencetus idea, menyediakan khidmat jaringan antara sektor yang terlibat, Yarisan Holdings sebagai penaja projek, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menyediakan tanah serta menguruskan pentadbiran kompleks ini.

Kompleks ini terletak di atas tanah seluas 11 ekar dengan persekitaran yang kaya dengan seni bina dan landskap yang diilhamkan dari konsep perkampungan melayu. Ia menggambarkan ketenangan persekitaran kampung yang harmoni dengan dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan segar menghijau dan dusun buah-buahan. 4.5 ekar daripada keluasan tanah ini dipenuhi dengan tanaman buah-buahan dan spesis tumbuhan asli dari seluruh Malaysia, bagi menghidupkan suasana persekitaran yang nyaman dan menyenangkan.
   
   
Perkhidmatan
Khidmat yang disediakan:



Kediaman perlindungan untuk anak-anak yang dipindahkan dari Rumah Kanak-Kanak di bawah Sistem Berkeluarga (RTH)

Kediaman untuk warga tua (Rumah Tunas Budi)

Khidmat jagaan harian warga tua (Pusat Jagaan harian Warga Tua)

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Dengan harapan untuk menjadi kompleks model di negara ini, perkhidmatan di kompleks ini disediakan melalui perancangan yang teliti agar penghuni kompleks dapat berdikari, penyayang dan bersyukur. Kompleks ini juga menyediakan persekitaran yang terpelihara sebagaimana kehidupan sebenar bagi pembentukan insan yang sempurna.

No comments:

Post a Comment