Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, August 31, 2012

KOPERASI PERUSAHAAN & PERNIAGAAN GURU-GURU AGAMA JOHOR (KOGAJ)


Ditubuhkan pada 1957 dan mula didaftarkan pada 21 Feb 1959 dengan nama Syarikat Berkerjasama Membeli Harta Guru-Guru Agama Johor Utara. Orang yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan ini adalah Allahyarham Penghulu Yahya Bin Abdul Aziz. Oleh kerana beliau sedar akan kepincangan ekomoni yang dialami oleh guru-guru agama khususnya di Muar.

Tujuan penubuhan adalah untuk menghindarkan mereka (guru-guru agama) daripada terjerumus kepada beban dan masalah hutang riba’ dan mengelakkan tanah-tanah mereka tergadai.

Penaja Ahli Lembaga dimasa itu adalah seramai 10 orang termasuklah Tn. Haji Abdul Hamid Bin Ali Hassan dengan keanggotaan seramai 90 orang. Kesemua Ahli Anggota Lembaga tersebut telah kembali ke Rahmatullah. Al - Fatihah.

Pada November 1972, nama Syarikat Berkerjasama - Berkerjasama Guru-Guru Agama Johor Utara Kerana Berjimat Cermat Menyimpan Wang Membeli Harta & Perniagaan Dengan Tanggungan Berhad ditukar kepada Syarikat Kerjasama Perusahaan & Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Utara Johor Berhad.

Pada 29 September 1978 nama baru telah didaftarkan lagi iaitu Koperasi Perusahaan & Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Berhad.

KOGAJ berjaya untuk menjaga kepentingan anggotanya dan akan terus berusaha untuk memantapkan lagi perkhidmatannya demi menjadikan KOGAJ satu entiti yang dapat menjanakan pendapatan dan seterusnya memberikan manfaat kepada anggotanya. Insya ALLAH.

Produk Utama KOGAJ

Skim Bai Al Inah – Jual Beli Emas Secara Ansuran
Skim Bai Bithaman Ajil – Jual Beli Barang & Perkhidmatan Secara Bayaran Bertangguh.
Skim Al Qardhul Hasan – Hutang Kebajikan.
Skim Al Wadiah – Simpanan.
Skim Kebajikan Am


KEGIATAN UTAMA YANG LAIN

-PERLADANGAN KELAPA SAWIT

  • LADANG SG BALANG – 32 EKAR
  • LADANG TG SEMBERONG – 26 EKAR
  • HASIL BERSIH PURATA – RM 150,000.00 SETAHUN

klik untuk lebih besar


-PENYEWAAN RUANG PEJABAT DAN BANGUNAN

  • DIJALANKAN DI SETIAP PREMIS/ ASET KEPUNYAAN KOGAJ.
  • HASIL BERSIH PURATA – RM 100,000.00 SETAHUN 




PROJEK TERBARU KOGAJ YANG SEDANG DAN AKAN BERJALAN

-PROJEK KEDAI KIOSK KOGAJ.NET

  •  MODAL PERMULAAN LEBIH KURANG RM 30,000.00 (termasuk ubahsuai)
  • MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL KOMPUTER DAN   TELEFON BIMBIT, MENJUAL KAD TAMBAH NILAI (TOP UP).
  • PERKHIDMATAN INSURAN TAKAFUL NASIONAL (MOTOR)
  • PERKHIDMATAN FOTOSTAT. 
-PROJEK AR RAHNU (PAJAK GADAI ISLAM) 

  • DIJANGKA BEROPERASI PADA SUKU KEDUA 2007
  • MODAL PERMULAAN DIJANGKA RM 300,000.00
  • STATUS SEKARANG : PENYEDIAAN ATURAN, BORANG-BORANG DAN PROSEDUR KERJA.
  • KAKITANGAN DAN ALK TELAH MENGIKUTI KURSUS INTENSIF MENGENAI AR RAHNU DI MKM, KAAK BATU PAHAT DAN AKAN MENERUSKAN PEMBELAJARAN DENGAN BANK RAKYAT.
 Sumber KOGAJ

No comments:

Post a Comment