Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, August 17, 2012

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PIBG KEBANGSAAN



Majlis Anugerah Cemerlang Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah diwujudkan buat pertama kalinya bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua PIBG yang terbukti kemampuannya dalam mengurus Persatuan secara berkesan dan berkualiti.  Penganugerahan juga amat relevan dengan matlamat agar ibu bapa dapat bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membangunkan modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran ketika berucap di majlis tersebut pada 25 April 2012 di MAEPS, Serdang berkata pendidikan sebagai agenda yang tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian perlu melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholder) untuk memastikan ianya mencapai taraf dan kualiti yang tinggi standing negara maju.  Sehubungan itu, kekuatan kerjasama dalam dan luar sekolah khususnya hubungan erat antara sekolah dengan PIBG perlu sentiasa dipertingkatkan dan penglibatan ibu bapa secara berterusan amat diperlukan bagi membolehkan perkembangan semasa persekolahan anak-anak dapat diikuti dengan dekat.

Melalui kepimpinan dan pentadbiran PIBG yang cekap dan professional juga, usaha untuk mewujudkan negara yang harmoni, moden, kreatif dan inovatif kearah menjana ekonomi berpendapatan tinggi dapat direalisasikan.

Disamping itu, PIBG juga diharap dapat membantu, terutamanya dalam menyediakan program-program pembangunan sahsiah murid yang lebih komprehensif atau pembangunan peningkatan prestasi yang lebih tersusun selain dari pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.




Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment