Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, August 29, 2012

Mata pelajaran Khatam al-Quran


PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Mata pelajaran ini menekankan bidang pembacaan secara talaqi  dan musyafahah untuk membolehkan murid-murid khatam al-Quran serta membaca dengan lancar dan bertajwid. Murid-murid  akan dibimbing sehingga boleh menguasai keseluruhan bacaan al-Quran dengan sempurna sesuai dengan kemampuan murid-murid  sekolah rendah. Murid-murid dan guru hendaklah menggunakan  naskhah al-Quran Rasm Uthmani Berwarna dan Bertajwid untuk  memudahkan pembacaan.  


Pengajaran dan Pembelajaran j-QAF yang mengandungi mata  pelajaran Khatam al-Quran perlu diurus dengan teratur dengan  menggunakan pendekatan dan kaedah yang sesuai. Perkara inii  sangat penting bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan  pembelajaran Khatam al-Quran serta menarik minat murid-murid  untuk terus belajar dan membaca al-Quran bukan sahaja sehingga  khatam tetapi juga turut membudayakannya dalam kehidupan  seharian. 


Selain pendekatan pengajaran dan pembelajaran, aktivitii  kokurikulum seperti Kem Bina Juara, Majlis Khatam al-Quran  peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan hendaklah  dilaksanakan bagi menggalakkan murid-murid lebih berminat dan  cenderung kepada aktiviti tilawah al-Quran dan pembinaan  peribadi dan adab mulia.  



SKOP 


Mata Pelajaran Khatam al-Quran ini merangkumi pembacaan al-

Quran dari juzuk 1 hingga 30. 


MATLAMAT  

Matlamat mata pelajaran khatam al-Quran adalah untuk  menghasilkan murid yang khatam al-Quran semasa berada di  sekolah rendah lagi dan mengamalkan bacaan dengan betul dan  bertajwid. 


OBJEKTIF  


Setelah mengikuti mata pelajaran Khatam al-Quran, murid-murid  dapat: 


1. Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut makhraj  huruf yang betul. 

2. Membaca ayat-ayat al-Quran   dengan  menggunakan hukum tajwid yang betul. 

3.  Membaca ayat-ayat al-Quran dengan lancar dan  fasih. 

4.  Khatam al-Quran di peringkat sekolah rendah. 



No comments:

Post a Comment