Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, August 8, 2012

Pembangunan Kanak-Kanak


Masalah / Keperluan Pelanggan
Kanak-kanak terabai, mangsa dera dan terlibat jenayah dibangunkan potensinya melalui program pembangunan modal insan dan kerohanian
Kanak-kanak yang diberi perlindungan dan sedang menjalani pemulihan di institusi samada Rumah Kanak-Kanak (RKK) Sekolah Tunas Bakti (STB), Taman Seri Puteri (TSP) atau Asrama Akhlak (AA) mempunyai pelbagai latarbelakang dan jenis kesalahan jenayah. Kesalahan lampau yang dilakukan kebanyakanya berpunca daripada pegangan agama dan nilai kendiri yang lemah. Oleh yang demikian, Jabatan Kebajikan Masyarakat membangunkan kanak-kanak ini melalui program berikut:

1. Program Sayangi Diri Pelatih (Ceramah dan Qiyamullail) telah diadakan dengan kerjasama JAKIM untuk memberi kesedaran kepada semua pelatih tentang nilai harga diri serta bersama-sama mengerjakan ibadah dengan lebih sempurna. Sebanyak 8 siri kursus telah diadakan yang melibatkan 347 kanak-kanak.

2. Kursus Peningkatan Sahsiah, Motivasi dan Ibadah telah dilaksanakan untuk membentuk jati diri dan meningkatkan kefahaman Islam dalam setiap diri pelatih di institusi-institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Sebanyak 2 siri kursus diakan yang melibatkan keseluruhan 100 orang peserta.

3. Kem Bijak Solat dan Motivasi Anak Soleh juga telah diadakan bertujuan memantap dan memperbaiki ibadah solat di kalangan kanak-kanak institusi JKM. Seramai 188 orang kanak-kanak terlibat dalam 3 siri kem yang dijalankan.

Latihan Kemahiran Vokasional di Institusi
Institusi pemulihan JKM juga mengendalikan kelas latihan kemahiran vokasional. Seramai kira-kira 60 peratus pelatih yang tidak terlibat dalam kelas akademik sedang mengikuti kelas kemahiran vokasional seperti bengkel perabot, elektrik, pembinaan, kimpalan, memasak, jahitan, motor mekanik, pertukangan kayu, refleksologi, gunting rambut, membuat roti dan kelas kemahiran komputer.

Kelas Akademik untuk Kanak-Kanak Institusi Pemulihan
Pada tahun 2007, seramai 1378 orang pelatih menjalani pemulihan di STB, TSP dan Asrama Akhlak JKM. Daripada jumlah tersebut 251 orang pelatih di Institusi Pemulihan mengikuti kelas akademik secara formal di luar institusi isitu di sekolah menengah kerajaan berdekatan institusi berkenaan, manakala seramai 76 orang (STB Marang Terengganu) dan 81 orang (STB Sungai Lereh) lagi mengikuti kelas akademik di dalam institusi. Pecahan pelatih yang bersekolah mengikut tahap adalah seperti berikut:
TINGKATANJUMLAH PELAJAR
Tahun 5
Tahun 6
Tingkatan 12
Tingkatan 214
Tingkatan 3 83
Tingkatan 494
Tingkatan 5129
Tingkatan 62
JUMLAH327 orang 

Seramai 5 orang kanak-kanak di institusi pemulihan telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam iaitu 3 orang (UIA,Uitm dan ATMA) dan 2 orang ke Institut Kemahiran (IKBN dan ILP)

Disamping itu, pada tahun 2007, seramai 70 orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dilatih untuk mengendalikan Kelas KIA 2M. Hasilnya seramai 56 kanak-kanak di institusi pemulihan mendapat manfaat setelah mengikuti Kelas KIA 2M ini.

No comments:

Post a Comment