Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, August 8, 2012

Pusat Jagaan

Definisi Pusat Jagaan

Pusat Jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian mengikut pengertian Akta Pusat Jagaan 1993


Jenis-jenis Pusat Jagaan
1Pusat Jagaan Berkediaman 
"Pusat Jagaan Berkediaman" ertinya mana-mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni - penghuni didalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya.

2Pusat Jagaan Harian
"Pusat Jagaan Harian" ertinya mana - mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan selama satu tempoh berterusan yang melebihi tiga (3) jam sehari di antara matahari terbit hingga matahari terbenam dan sekurang - kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya.


Senarai Pusat Jagaan Berdaftar
  1. Pusat Jagaan Johor
  2. Pusat Jagaan Kedah
  3. Pusat Jagaan Perlis
  4. Pusat Jagaan Melaka
  5. Pusat Jagaan Negeri Sembilan
  6. Pusat Jagaan Pahang
  7. Pusat Jagaan Perak
  8. Pusat Jagaan Pulau Pinang
  9. Pusat Jagaan Sarawak
  10. Pusat Jagaan Selangor
  11. Pusat Jagaan Kelantan
  12. Pusat Jagaan Kuala Lumpur
  13. Pusat Jagaan Terengganu
  14. Pusat Jagaan Labuan

Amnesty Period
NOTIS
PENDAFTARAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN
“AMNESTY PERIOD”
Semua pengusaha dan pengendali TASKA dan Pusat Jagaan DIWAJIBKAN pendaftarkan TASKA dan Pusat Jagaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
Pengusaha dan Pengendali diberi tempoh selama 6 bulan di bawah “AMNESTY PERIOD” sehingga 12 FEBRUARI 2009 untuk mendaftarkan TASKA dan Pusat Jagaan masing-masing. Kegagalan mendaftarkan selepas tamat tempoh ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia akan mengambil TINDAKAN UNDANG-UNDANG di bawah bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993.

Pihak tuan/puan dikehendaki menggunakan borang di lampiran A (sila klik disini) dan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.


Pendaftaran Pusat Jagaan
Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran Pusat Jagaan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
  • Berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan / Pendaftar Pertubuhan
  • Mengisi Borang Jadual P.U (A) 248 Akta Pusat Jagaan 1993
    • Borang boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan percuma.
    • Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa Pusat Jagaan untuk mengisi borang ini.
  • Kelulusan dari 3 agensi teknikal
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat
    • Jabatan Kesihatan
      (Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah jika berkenaan)
  • Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.
    (ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)
  • Jadual aktiviti harian
  • Jadual menu
  • Senarai aktiviti bersama ibubapa
  • Wang Pos / cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM10.00)
    (Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa Pusat Jagaan bahawa permohonan telah lengkap)

No comments:

Post a Comment