Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, August 1, 2012

Pusat Sumber KEMAS

Pusat Sumber KEMAS  atau dulunya dikenali sebagai Perpustakaan Masyarakat adalah merupakan satu premis penting dalam menjanakan ilmu dan maklumat kepada masyarakat luar bandar amnya. Pada awal penubuhannya iaitu tahun 1971,ianya lebih dikenali sebagai Khutub Khanah Desa setelah Rancangan Pelajaran Dewasa hampir mencapai matlamat di bawah Pembangunan Negara.

Di peringkat awal Khutub Khanah Desa berfungsi sebagai  melanjutkan usaha-usaha memastikan masyarakat yang mula kenal huruf atau ‘neo literates’ tidak kembali  menjadi buta huruf . Kini Pusat Sumber berperanan memastikan masyarakat luar bandar mendapat kemudahan membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta bermaklumat dalam menjalani kerja seharian mereka.


Objektif
  1. Menyediakan bahan bacaan dan rujukan untuk kemudahan masyarakat setempat.
  2. Bertanggungjawab mendidik serta membudayakan masyarakat tentang perkembangan teknologi maklumat
  3. Menyediakan perkhidmatan yang bercorak aktiviti ko-kurikulum demi untuk     mendapatkan penglibatan masyarakat secara bersama.
  4. Menggiatkan galakan membaca supaya dijadikan amalan dan budaya mengisi masa lapang disamping menghindari gejala lepak.
  5. Menjadikan Pusat Sumber sebagai pemangkin perubahan minda serta menaikkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar secara tidak langsung.

Peranan Jawatankuasa
  1. Membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk pengguna dan penduduk setempat.
  2. Membuat promosi bersama-sama Pemaju Masyarakat dalam menarik lebih ramai pengunjung ke Pusat-pusat Sumber KEMAS

Pemaju Masyarakat
  1. Pemaju Masyarakat-mengendalikan urusan peminjaman buku, memulihara, menyusun, mengelas buku dan menyimpan daftar buku.
  2. Kelulusan minima ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelaksanaan Aktiviti
Perkhidmatan
  1. Pinjaman dan pemulangan buku
  2. Perkhidmatan kesedaran semasa
  3. Rujukan
  4. Aktiviti Ko-kurikulum
  5. Kelas Bimbingan,Kelas Fardhu Ain, Bengkel Motivasi
  6. Mainan Pembelajaran
  7. Mainan berbentuk dalaman

Waktu Perkhidmatan
Waktu Pusat Sumber di buka adalah bergantung kepada kehendak/keperluan setempat serta kelulusan Pengarah Negeri masing-masing.
Contoh:
  • 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau
  • 9.30 pagi hingga 5.30 petang atau
  • 10.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Hari Isnin - Hari Sabtu atau
  • Hari Sabtu - Hari Khamis (Kelantan, Kedah, Terengganu)


No comments:

Post a Comment