Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, August 8, 2012

SEKOLAH HENRY GURNEY


  • SEKOLAH HENRY GURNEY WANITA BATU GAJAH
SEJARAH TEMPAT PENAHANAN (1954 – 2006)

Sekolah Henry Gurney Wanita adalah institusi pemulihan yang di kelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi menahan pesalah-pesalah juvana yang berumur 14 hingga 21 tahun. 

Nama Sekolah Henry Gurney adalah diambil bersempena pembukaan rasminya Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya iaitu, Sir Henry Gurney yang telah merasmikan Sekolah Henry Gurney , Telok Mas, Melaka pada 19 Julai 1950.

Pada awal penubuhan institusi untuk juvana ialah pada tahun 1948, apabila sebuah institusi pemulihan belia diperkenalkan di negara ini. Ianya ditubuhkan di Penjara Muar, Johor dengan nama Sekolah Pemulihan Lanjutan (Advance Approved School). Sekolah ini mempunyai mempunyai seramai lima puluh orang penghuni. Kemudian sekolah ini telah dipindahkan ke Telok Mas, Malaka dalam tahun 1950. Ianya terletak di suatu kawasan di tepi pantai Selat Melaka seluas 38 ekar dan lebih kurang 4 km dari Bandar Melaka. 

Penubuhan sekolah itu bermula dengan pengubalan satu ordinan dalm tahun 1947 yang kemudiannya membawa kepada terbentuknya Mahkamah Juvana. Sebelum Sekolah Henry Gurney pertama dibina Melaka, sebahagian Penjara Muar dijadikan Sekolah Akhlak Tinggi yang pertama di Tanah Melayu bagi menempatkan golongan remaja yang diperintahkan oleh Mahkamah Juvana supaya ditahan untuk pemulihan. 

Sekolah Henry Gurney Wanita , Batu Gajah adalah institusi akhlak untuk remaja wanita. Ianya terletak bersebelahan dengan Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah, Perak yang dahulunya adalah sebuah penjara wanita yang dikenali sebagai Women Central Prison. Women Central Prison ini mula diwujudkan apabila Kinta Prison yang menempatkan banduan lelaki telah mula menerima banduanita pada tahun 1951. Kebanyakan banduanita ini dikenal pasti sebagai Penjenayah Politik yang terdiri daripada agen-agen komunis bagi kesalahan di bawah “Emergancy Regulations“. Di samping itu, terdapat juga banduanita yang ditahan di bawah “Penal Code“ seperti memiliki dadah, penipuan, peras ugut dan lain-lain. Lingkungan tahun 1951 hingga 1958, terdapat kira-kira 100 orang banduanita yang ditahan di Central Women Prison yang kebanyakkannya di bawah hukuman singkat. 

Pada tahun 1954, ada antara pesalah-pesalah wanita yang ditahan adalah pesalah wanita yang di bawah umur 21 tahun. Mereka diasingkan daripada pesalah lain di kawasan bersebelahan Women Central Prison iaitu, bekas rumah Supritendent. Sejak itu, tahanan wanita di bawah umur akan dihantar ke Sekolah Henry Gurney Wanita, Batu Gajah. 

Sekolah Henry Gurney Wanita Batu Gajah dibina di kawasan seluas 34,736 kaki persegi. Sekolah ini terletak dalam pentadbiran kawasan Batu Gajah, Mukim Sungai Terap, Daerah Kinta yang lebih dikenali sebagai Changkat. Jarak jauhnya lebih kurang 3 km dari Pekan Batu Gajah, Perak. Kawasan sekolah ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan kerajaan yang lain seperti Hospital Daerah, Pejabat Tanah, Balai Polis, Pejabat Daerah dan Mahkamah. Pada awal penubuhannya , terdapat enam buah sekolah akhlak di bawah Jabatan Penjara iaitu i) Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka, ii) Sekolah Henry Gurney ke II , Banda Hilir, Melaka iii) Dusun Datok Murad, Melaka, iv) Sekolah Henry Gurney (Wanita), Batu Gajah, Perak, dan v) Sekolah Henry Gurney , Kepayan, Sabah dan vi) Sekolah Henry Gurney, Pusat Latihan Pegawai Penjara, Taiping, Perak. 

Pada masa kini, terdapat hanya lima buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu, 

i)SHG Telok Mas, Melaka
ii)SHG Kota Kinabalu, Sabah
iii)SHG Keningau, Sabah
iv)SHG Puncak Borneo, Sarawak, dan
v)SHG Wanita, Batu Gajah, Perak

Dasar Am Sekolah Henry Gurney pada awal penubuhannya adalah berdasarkan (Borstal Institution – England) 1900 iaitu untuk membentuk sikap keperibadian dan sikap bertanggungjawab penghuni-penghuni ke arah kesempurnaan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera dan produktif kepada negara. 

Antara ciri-cirinya ialah :-
  1. Pelatihnya mempunyai watak dan bakat yang tersendiri dan boleh memperkembengkan kreativiti dan suka kepada kehidupan yang baik.
  2. Layanan sama rata dan mengikut peraturan
  3. Pegawai dan sistem Borstal saling bersatu dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Mottonya ialah RESURGAM yang bermaksud We Shall Rise Again. Manakala logo Sekolah Henry Gurney (Wanita) ialah burung helang yang terbang dari api yang sedang marak. Ini bermaksud penghuni sedia untuk menerima pemulihan di sini dan menuju ke tempat yang lebih baik sebagai rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 


SEJARAH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DI SEKOLAH HENRY GURNEY 

A. Pada awal penubuhannya penahanan penghuni adalah berdasarkan:- 

 1. Akta Mahkamah Juvana 

 a) Akta Mahkamah Juvana 1947 Seksyen 38, iaitu, jika seseorang budak didapati bersalah atas sesuatu kesalah yang boleh dihukum dengan penjara dan pada hemat mahkamah juvana:

 i) Pesalah itu berumur tidak kurang daripada 14 tahun dan dibawah 18 tahun : dan
ii) Oleh sebab jenis kesalahan itu atau oleh tabiat atau kecenderungan jenayah pesalah itu, atau pergaulan nya dengan orang yang berwatak tidak baik, adalah sesuai atau manfaat bahawa pesalah itu ditahan selama suatu tempoh dan diletakkan di bawah suatu arahan dan tatatertib yang difikirkan paling berfaedah untuk memulihkan akhlaknya dan untuk membenteras jenayah. Maka adalah sah disisi undang-undang bagi Mahkamah manghantar pesalah itu ke Sekolah Henry Gurney .
 
 b) Akta Mahkamah Juvana 1947 Seksyen 40 iaitu,
 Tidak apa-apa jua dalam akta ini selain seksyen 15 dan 16, boleh menyentuh kuasa-kuasa mahkamah tinggi dan segala kuasa yang boleh dijalankan di bawah akta ini oleh sesuatu Mahkamah Juvana mengenai seseorang pesalah juvana boleh dengan cara yang sama dijalankan oleh mahkamah tinggi dan sebagai tambahan mahkamah tinggi , mahkamah seksyen dan mahkamah majistret kelas pertama adalah berkuasa memerintahkan supaya seseorang yang telah mencapai umur 18 tahun tetapi belum mencapai umur 21 tahun pada tarikh dibuat perintah itu ditahan di Sekolah Henry Gurney sehingga orang itu mencapai umur 21 tahun tetapi tidak selepasnya.
Selain itu, antara undang-undang dan peraturan yang dijadikan panduan ialah, 

2. Undang-Undang Penjara 1952,
3. Peraturan – Peraturan Penjara 1953,
4. Peraturan Sekolah Henry Gurney 1949,
5. Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara dan
6. Arahan Ketua Institusi.


Namun, pada masa sekarang Akta Mahkamah Juvana 1947, Undang Undang Penjara 1952, dan Peraturan - Peraturan Penjara 1953 telah terbatal.

B. Undang-undang dan peraturan yang digunapakai kini adalah :- 
 
  1. Undang-Undang Penjara 1995
  2. Peraturan-Peraturan Penjara Tahun 2000
  3. Akta Kanak-Kanak 2001
  4. Peraturan – Peraturan SHG 1949
  5. Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara
  6. Arahan Ketua Institusi
FASA 1 - PROGRAM ORIENTASI 

Program ini merupakan program pertama yang melibatkan kepada pengukuhan disiplin, Program ini adalah selama 3 bulan. Program ini adalah diwujudkan bagi memberi pemahaman dan penyesuaian diri terhadap objektif Jabatan Penjara, peraturan yang perlu dipatuhi dan hak-hak mereka sebagai penghuni dan aktiviti pemulihan yang perlu dilalui oleh mereka. 

Dalam program orientasi ini, 

 a) Induksi – 7 hari

 i) penerimaan
ii) pendaftaran orientasi
iii) sesi temuduga
iv) sesitaklimat
v) sesi pemeriksaan kesihatan
vi) kebersihan
vii) sukan & rekreasi

b) Orientasi – 75 hari

 i) latihan fizikal
ii) aktiviti kenegaraan
iii) aktiviti kemahiran sosial
iv) kerohanian
v) kaunseling
vi) ujian air kencing
vii) ujian HIV/ AIDS
viii) kebersihan
ix) sukan & rekreasi

c) Penilaian – 7 hari

 i) modul fizikal
ii) modul ketata negaraan
iii) modul kemahiran sosial
iv) modul kerohanian
v) modul kaunseling
vi) kebersihan
vii) modul sukan dan rekreasi
viii) disiplin diri

FASA 2 - PENGUKUHAN SAHSIAH ( 6 BULAN – 1 TAHUN) 

i) Modul kerohanian 

 Penghuni yang majoriti beragama Islam akan dibimbing oleh pegawai Penjara yang telah dilantik. Pegawai yang berkebolehan akan ditugaskan secara rutin untuk mengajar penghuni yang berkenaan.

Selain itu, penghuni juga akan diajar di kelas agama seperti Kelas Iqra’, Kelas Tahsin, Kelas Taranum, dan Kelas Tafsir Al- Quran.


Penghuni akan dibimbing oleh Pembantu Pengajar Agama mengikuti kelas yang dibahagikan kepada 3 peringkat pengetahuan agama iaitu, peringkat rendah, peringkat menengah, dan peringkat tinggi. Pendekatan agama yang diberikan adalah pendidikan agama berdasarkan kepada Kurikulum Pendidikan Islam Jabatan Penjara Malaysia meliputi Fekah, Aqidah, Syariah, Akhlak, Al-Quran, Hadith, dan Sirah Nabawiyah dan aktiviti tambanhan sepertio Zikir , tahlil dan doa. 

Penghuni yang beragama lain seperti Buddha, Hindu atau Kristian akan mengikuti kelas atau ceramah keagamaan oleh penceramah sukarela. Jadual kelas atau ceramah adalah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Program-program agama adalah secara intensif meliputi sepanjang tempoh tahanan penghuni di sini. Program yang dianjurkan di bawah seliaan Pegawai Penjara adalah seperti Kelas Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, Sembahyang berjemaah, bacaan surah Yasin, Doa diwaktu pagi dan malam, Kelas membaca Al Quran, kelas tajwid dan Tayangan Video (kaunseling agama).

*Kelas Fardu Ain
 Kelas ini diadakan 5 kali seminggu. Sasaran utama ialah penghuni baru yang menjalani program orientasi.
Kelas ini bermula jam 2.30 petang – 3.30 petang.
 
*Tayangan Video
 Melibatkan semua penghuni Islam. Diadakan 2 kali sebulan.
 
*Sembahyang Berjemaah.
 Sembahyang berjemaah melibatkan (5) waktu solat iaitu Subuh hingga solat Isyak. Imam-imam dipilih oleh guru agama dari kalangan penghuni, yang layak dan betul sebutan/ bacaannya dalam solat. Mereka dilatih dan digilirkan setiap hari supaya mereka dapat membawa makmum dengan cara yang betul. Amalan yang dilakukan pada setiap bulan Ramadhan ialah berpuasa dan solat terawih dan witir selepas solat Isyak dan berpuasa.
 
*Bacaan Surah Yasin
 Dibuat selepas solat Maghrib dilakukan oleh semua penghuni bagi meningkatkan keimanan dan sebagai amalan mingguan.
 
*Doa Pagi/Malam & zikir harian
 Doa pagi /malam akan dilakukan oleh penghuni setiap hari mengikut rutin yang ditetapkan seperti waktu beratur pagi, makan, selepas solat jemaah, dan lain-lain. Zikir harian dibaca pada setiap waktu solat
 
*Solat Sunat Mengiring Solat Fardu (Qabliah dan Baqdiah).
 Solat Sunat Taubat dan Hajat
Solat Sunat Dzuha
 
*Kelas membaca Al-Quran.
 Kelas membaca al Quran diadakan 5 kali seminggu. Kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Tadarus Al Quran pula diadakan sepanjang Bulan Ramadhan. Kelas Bimbingan Tajwid pula diadakan seminggu sekali pada hari Rabu dari Jam 2.30 – 3.30 petang oleh Ustaz Mohd Asri Bin Ibrahim dari Unit Agama dan Ustaz Abu Samah Bin Abd Wahab (Pusat Pemulihan Akhlak).
 
*Majlis mengingati Hari-Hari Kebesaran Islam
 Majlis diadakan mengikut hari – hari yang dirai seperti awal Muharrram, Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun, Sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Ehya’ Rejab, Syaaba, & Ramadhan, Nuzul Quran, Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha.
 
ii) Modul Kaunseling
 Penghuni-penghuni akan dibimbing oleh seorang pegawai kaunseling terlatih berpangkat Inspektor Penjara. Pegawai ini adalah bertugas khas untuk memberi bantuan kaunseling kepada penghuni dalam sesi kaunseling individu, kaunseling kumpulan atau kelompok , motivasi dan kanseling keluarga.

iii) Modul Akademik
 Penghuni-penghuni digalakkkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM). SHGW juga telah menerima 4 orang guru kader DG 29 pada tahun 2005. Kelas diadakan seperti sekolah biasa iaitu, setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.00 pagi – 1.45 tengahari. Bagi tahun 2007 serama (8) penghuni menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan (2) penghuni menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.
iv) Modul Sukan & Rekreasi
 Penghuni akan diberi peluang mengikuti aktiviti sukan dan rekreasi sejam setiap hari bekerja manakala enam jam pada hari cuti dan kelepasan am. Antara aktiviti yang dibenarkan ialah indoor game dan out door game seperti bola jaring, ping pong dan bola tampar.


FASA 3 - KEMAHIRAN ( 6 BULAN – 1 TAHUN) 

A. LATIHAN VOKASIONAL DI SEKOLAH HENRY GURNEY (W) BATU GAJAH PERAK.
 1. Latihan Vokasional di Sekolah Henry Gurney Wanita meliputi (4) buah bengkel. Selain itu, terdapat sebuah kantin dan dapur penghuni. Butir-butir dibawah adalah berdasarkan maklumat pada Januari 2005.

2. Jenis-jenis Bengkel:

 o Bengkel Jahit
o Bengkel Kraftangan
o Bengkel Batik
o Bengkel Bakeri
o Kantin
o Dapur

3. Kedudukan Muster Bengkel Pada 9 Ogos 2007

JENIS BENGKEL DAN JUMLAH PENGHUNI (ORANG)
 Bengkel Jahit - 04 orang
Bengkel Kraftangan - 01 orang
Bengkel Batik - 02 orang
Bengkel Bakeri / kantin - 01 orang
Dapur - 01 orang
Akademik - 10 orang

4. Latihan atau Kemahiran yang disediakan dalam setiap bengkel adalah seperti berikut :

 4.1 Bengkel Jahit

 Kakitangan terlibat merupakan seorang Sarjan Penjara dan seorang Pembantu Latihan Vokasional J 22 Puan Rokiah binti Deraman. Bagi tahun 2007 terdapat (4) penghuni yang didaftarkan dalam persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pengkhususan dalam bidang Pembuat Pakaian Wanita tahap satu. Penghuni di dalam bengkel ini akan diberikan latihan teori dan praktikal seperti menjahit dan mengunting pelbagai polar pakaian wanita, uniform kakitangan, pakaian penghuni, cadar, langsir dan lain-lain. Penghuni juga diajar cara menjahit sama ada menggunakan mesin jahit atau pun jahitan tangan. Disini juga terdapat kemahiran mempelajari jahitan sulaman daripada mesin sulaman. 

Jenis-jenis Mesin yang terdapat di SHG(W) sehingga Ogos 2007

Jenis Mesin dan jumlah mesin
 Mesin Jahit Tepi Elektrik - 10 Buah
Mesin Eletrik (Brother) - 01 Buah
Mesin Lubang Butang - 02 Buah
Mesin Sulaman Elektrik - 16 Buah
Mesin Jahit Biasa (Juki) - 01 Buah
Mesin Sulam Berkomputer - 02 Buah
4.2 Bengkel Kraftangan

 Bengkel ini menempatkan penghuni yang baru masuk iaitu, seramai (01) orang. Kebanyakan penghuni baru masuk akan ditempatkan di sini. Bengkel ini menyediakan kemahiran asas seperti mengait, menjahit crostich, membuat alas kaki dan membuat kain selimut jahitan tangan daripada perca kain, dan kemahiran lain yang mudah dipelajari. Selain itu, bengkel ini menghasilkan hasil kraf daripada kertas. Kakitangan bertugas merupakan seorang Wader Penjara.

4.3 Bengkel Batik

 Secara rasminya Bengkel ini telah mula beroperasi pada Mac 2002. Bengkel ini melibatkan (2) orang penghuni. Penghuni dipilih, dilatih dan dibimbing oleh kakitangan yang bertugas teknik membuat batik. Penghuni diajar semua proses membuat batik dari mencanting hingga ke proses memasak dan menjahit. Antara produk dari bengkel ini ialah kaftan, baju kurung, kemeja dan frem batik. <

4.4 Bengkel Bakeri dan Kantin Sekolah

 Kantin Sekolah Henry Gurney Wanita melibatkan (1) orang penghuni sahaja. Ianya menerima tempahan masakan serta menyediakan latihan kemahiran memasak kepada penghuni. Di sini, penghuni akan diberi latihan seperti penyediaan kuih-muih, biskut, memasak lauk-pauk serta penyediakan hidangan. Kakitangan terlibat merupakan seorang Wader Penjara. Pada 14. 09. 2005, Kelab Sahabat Penjara telah memberi sumbangan sebanyak RM 5 000.00 kepada Sekolah Henry Gurney Wanita untuk mewujudkan Bengkel Bakeri. Peruntukan tersebut telah digunakan sebagai permulaan untuk membeli sebuah ketuhar dan sebuah alat pengadun untuk membuat roti.

4.5 Dapur

 Terdapat (1) orang penghuni yang bertugas harian di sini. Menyediakan makanan untuk semua penghuni mengikut diet yang ditetapkan. Kakitangan terlibat adalah (2) pegawai yang bergilir iaitu seorang Kopral Penjara dan seorang Warder Penjara.


FASA 4 - PRA BEBAS ( 6 BULAN HINGGA 1 TAHUN SEBELUM BEBAS ) 

1) Pada peringkat Fasa 4, kemudahan akan diberi kepada penghuni yang berada di SHGW setelah selama dua tahun dalam tahanan. Mereka akan dipertimbangkan untuk diberi Cuti Sementara (Parole Leave). Penghuni yang berpeluang untuk Bercuti Sementara akan berpeluang untuk di bebaskan awal daripada tarikh bebas sebenar. Antara tujuan diberi cuti selama (7) hari itu adalah untuk : 

 i) Memberi peluang pelajar merapatkan hubungan dengan ibu/ bapa /keluarga/ penjaga setelah lama terpisah.
ii) Melatih mereka bergaul dengan masyarakat luar
iii) Menggalakkan mereka berkelakuan baik dan rajin bekerja.
iv) Melatih mereka mempercayai diri sendiri.
v) Memberi peluang mereka mencari pekerjaan apabila dibebaskan kelak.

2) Penghuni juga diberikan beberapa sesi ceramah yang bersesuaian seperti ceramah motivasi, ceramah kerjaya, dan ceramah kemahiran sosial seperti ceramah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan sebagainya.  
  • SEKOLAH HENRY GURNEY, TELOK MAS
Maklumat Ringkas

Sekolah ini digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1949. Institusi yang ditubuhkan bagi kanak-kanak lelaki ini telah mengalami 3 kali perubahan dari segi namanya. Ianya bermula dengan nama "Sekolah Akhlak Tertinggi" pada tahun 1949 kepada "Sekolah Latihan Pemuda" pada tahun 1950, dan berubah untuk kali ketiganya menjadi "Henry Gurney School" pada 15 Mei 1950 iaitu sempena pembukaan rasminya yang dilakukan oleh mendiang Sir Henry Gurney. 

Setiap penghuni akan berhadapan dengan tiga bentuk latihan iaitu latihan kerja kasar iaitu bagi yang baru masuk atau yang melanggar peraturan, latihan kerja sederhana bagi yang telah berjaya mengikuti latihan awal dan latihan kerja mahir bagi yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti pertukangan, kimpalan, motormekanik dan lain-lain. 

Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong maka sekolah ini menitikberatkan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu vokasional dan akademik. Apa yang ketara, purata penghuni-penghuni yang berada di sini kurang meminati bidang akademik berbanding dari vokasional.

  • SEKOLAH HENRY GURNEY WANITA KOTA KINABALU
Maklumat Ringkas

Pada 1 Julai 2003, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah berpindah ke lokasi Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, sekaligus mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut melalui pewartaan KDN.S.171/1355, Klt. 4; PN(PU2) 163/VI. Penghuni lelaki Sekolah Henry Gurney telah ditempatkan ke Keningau manakala penghuni wanita dikekalkan dan telah diletakkan di bawah pengurusan Penjara Wanita. 

Aktiviti latihan vokasional untuk banduan meliputi bidang kemahiran seperti salun kecantikan, jahitan dobi, mendjanting batik dan katering. Orang awam adalah dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan dalam bidang yang dinyatakan dan boleh berhubung dengan Pegawai Perusahaan pada waktu pejabat. 

Waktu perjumpaan untuk banduan bagi institusi ini adalah seperti berikut : 


Isnin-Tutup
Selasa – Jumaat-8.10 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu – Ahad-8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

*Untuk tempahan lawatan, sila dail 088-319004. 
  • SEKOLAH HENRY GURNEY II KENINGAU
Maklumat Ringkas

Sekolah Henry Gurney (SHG) II, Keningau merupakan sebuah institusi dalam Jabatan Penjara Malaysia yang ditubuhkan untuk mengurung/menahan penghuni/pesalah yang berusia 14 hingga 21 tahun yang ditahan di bawah erintah Mahkamah Juvana. Sekolah Henry Gurney II ini meliputi kawasan seluas 89.51 ekar. Sebelum tahun 1991, SHG merupakan Penjara Terbuka yang mengurung banduan-banduan yang dipindahkan daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu (PTK) yang mana telah menjalani ¾ daripada hukuman. Penjara Terbuka Keningau (PTK) ini telah dibuka pada tahun 1966 yang terletak di KM3, Jalan Nabawan - Keningau. Pada awal operasi, PTK hanya mempunyai 8 orang kakitangan dan mempunyai 2 blok domitori, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah dewan makan dan sebuiah stor. 

Ketika PTK beroperasi, banduan-banduan diberikan latihan seperti menanam rumput, bercucuk tanam, menternak ikan air tawar, penanaman padi bukit dan menternak binatang seperti lembu, kuda, ayam dan khinzir. Pada tahun 1982, perusahaan tenusu telah diperkenalkan di mana hasil susu tersebut dihantar ke Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Keningau. 

Pada tahun 1991, PTK telah ditutup dan semua yang ada telah dipindahkan semula ke Penjara Pusat Kota Kinabalu. Pada 10 April 1991, PTK telah diwartakan sebagai Sekolah Henry Gurney Kedua yang mana menempatkan budak-budak nakal. Pada 13 Ogos 1991, pemindahan pertama budak-budak nakal iaitu seramai 20 orang yang telah dipilih daripada Sekolah Henry Gurney, Kota Kinabalu telah dilakukan. 

Untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni dan kakitangan, aspek-aspek keselamatan telah dipertingkatkan dengan menambahkan Jerman Barb Wire pada pagar chain ling yang sedia ada di samping pembinaan bilik-bilik asingan, pondok pengawal, surau, dewan kuliah dan perpustakaan. Sama seperti banduan, penghuni-penghuni SHG Keningau diberikan latihan menternak binatang seperti lembu tenusu, kambing, menternak air tawar, berkebun sayur dan lain-lain lagi yang memberi manfaat kepada penghuni. 

Selain latihan tersebut, pembangunan rohani tidak diabaikan di mana bimbingan agama diberikan mengikut anutan agama masing-masing. Dalam perkara ini, penceramah agama biasanya datang dari Pusat Latihan Dakwah Keningau dan pihak gereja St. Francis Xavier, Keningau serta daripada kakitangan di institusi ini. Bagi penghuni yang masih berminat untuk belajar dan berkelayakan, mereka diberi peluang untuk menduduki peperiksaan Penilain Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia. Aktiviti sukan juga tidak diabaikan dengan memberikan peluang kepada penghuni untuk bersukan dan bermain bola sepak di samping menjalankan indoor games seperti karom, catur dan lain-laian lagi. 

Sejak penubuhan PTK dalam tahun 1996 dan hingga dikenali sebagai SHG, institusi ini telah ditadbir oleh beberapa orang Pegawai Yang Menjaga (PYM) seperti berikut: 


Nama PYMTempoh Pentadbiran
P.O.II En. Chau Ching Tang1966
P.O.II En. Anthony Lajingga1966 hingga 1967
P.O.II En. Henry Ng1967 hingga 1968
P.O.II En. Anthony Lajingga1968 hingga 1973
P.O.II En. Clement Sipaul1973 hingga 1985
PP Tn Hj. Othman Hj. Omar1985 hingga 1988
PPP Peter Govind1988 hingga 1994
PPP/TK Amirsah Sabtu1994 hingga 1996
TPP Peter Govind1996 hingga 2003
PPP Esapian Eyaw Suleiman (pemangku Pengarah)2003 hingga 2004
TPP Maidin Hj. Din@Paiman2004 hingga sekarang


Waktu perjumpaan untuk penghuni bagi institusi ini adalah seperti berikut: 

Isnin hingga Jumaat-08.30 pagi hingga 11.00 pagi
01.30 petang hingga 03.30 petang
Sabtu-08.30 pagi hingga 10.30 pagi
Ahad & Kelepasan Am-Tutup
Hari Perayaan-Mengikut ketetapan yang dikeluarkan
oleh Bahagian Keselamatan IPPM


Sumber : Jabatan Penjara Malaysia

No comments:

Post a Comment