Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, August 3, 2012

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)



Sekolah Rendah Agama Bersepadu (Jawi: سكوله رنده اݢام برسڤادو) merupakan sebuah sistem sekolah milik Kerajaan Negeri Johor. Sekolah ini telah diperkenalkan dari keputusan hasil mesyuarat jawatankuasa kajian terhadap Sistem Pendidikan Agama Negeri Johor. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Cadangan penubuhan sekolah ini adalah untuk mencapai maksud dan kehendak pelan tindakan belanjawan kajian pendidikan agama tahun 1998.
Penyediaannya untuk membolehkan lepasan sekolah rendah agama Johor dapat meneruskan pelajarannya ke peringkat menengah seterusnya ke Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri. Di masa yang sama SRAB adalah tapak untuk menyalurkan calon-calon pelajar ke peringkat menengah khasnya di sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Pada 4 Januari 1999, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kerajaan Negeri Johor telah memulakan sesi persekolahan yang pertama di lapan buah sekolah dalam lapan daerah seluruh negeri Johor iaitu:
  • Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru
  • Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat
  • Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar
  • Sekolah Rendah Agama Bersepadu Pontian
  • Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang
  • Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
  • Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi
  • Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing
Penubuhan sekolah ini adalah kesan daripada hasrat masyarakat di negeri ini yang inginkan kesinambungan kepada Darjah Khas. Sistem pendidikan di sekolah ini menggabungkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang digunakan di semua sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia dan Sistem Pendidikan Agama Negeri Johor.

Moto
Membentuk insan bertakwa
ممبنتوق انسان برتقوى
Ditubuhkan
1999
Dirasmikan
1999
Jenis
Sekolah Rendah Agama
Lokasi
Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Pontian, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Johor, Malaysia
Nama singkatan
SRAB
Laman web

No comments:

Post a Comment