Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, August 17, 2012

Sistem Merit Demerit


Sistem Merit Demerit telah diperkenalkan di sekolah ini semenjak tahun 2004. Tujuannya untuk mendidik murid-murid sekolah ini mengawal diri agar berfikir panjang untuk melakukan kesalahan-kesalahan disiplin di samping menggalak mereka  mencebur diri dalam aktiviti-aktiviti yang memberi kebaikan kepada mereka dan boleh mengharumkan nama sekolah.

            Setiap awal tahun setiap murid diberi markah merit sebanyak 40. Markah ini hendaklah dijaga supaya tidak berkurangan kerana setiap kesalahan disiplin dilakukan mengakibatkan markah berkurangan. Berkurang sebanyak 10 markah untuk kesalahan pertama lazimnya diberi amaran keras dan surat makluman dihantar kepada ibu bapa / penjaga. Tujuannya supaya ibu bapa /penjaga memandang berat kes anak mereka dan turut sama membantu pihak sekolah membendungnya daripada berulang. Sekiranya ibu bapa inginkan penjelasan lanjut, pihak sekolah bersedia memberikan penjelasan dengan hadir ke sekolah berbincang dengan Guru Besar atau Penolong Kanan.

          Sekiranya ibu bapa menerima surat makluman ulangan bermakna anak mereka menghadapi masalah disiplin yang serius dan tindakan seperti merotan (merit berbaki 30-10 markah) dan gantung sekolah ( merit berbaki 0 markah) telah diambil. Kod Merit dan Kod Demerit telah dihebahkan kepada murid-murid oleh guru-guru kelas dan dalam buku Peraturan Sekolah. Murid ini juga akan dirujuk kepada Guru Kaunseling untuk siasatan lanjut.

          Pihak sekolah juga menggalak murid-murid berlumba-lumba mengumpul markah merit kerana murid-murid yang berjaya mengumpul markah merit terbanyak akan diberi anugerah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan pada setiap penghujung tahun.

No comments:

Post a Comment