Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, September 22, 2012

Badan Ihsan (JPN Selangor)

Cadangan penubuhan Badan Ihsan Anggota Jabatan Pendidikan Selangor telah diilhamkan oleh Y.Bhg. Tn Hj Muhammad b Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor pada awaltahun 2000. Pada 6 Ogos tahun 2000, jawatankuasa penaja Badan Ihsan telah dibentuk bagimerangka perlembagaan dan seterusnya memohon untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan. 

Pada 22 Disember 2000, pendaftaran Badan Ihsan telah diluluskan dengan nombor pendaftaran 1661. Dengan kelulusan tersebut , Badan Ihsan ini telah menjadi satu badan yang sah dari segi perlembagaan dan undang-undang. Badan ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 23 Februari 2001.

Warga JPN Selangor mempunyai jumlah anggota yang ramai, melebihi 39,000orang dalam pelbagai kategori dan jawatan. Hubungan mereka diikat oleh sistem perkhidmatan yang berasaskan hiraki carta organisasi yang formal dan teknikal. Hubungan ini perlu diperkukuhkan lagi melalui suatu sistem

milik bersama bagi melahirkan rasa mahabbah dan setiakawan yang lebih erat, semangat kerjasama dan tolong menolong yang lebih praktikal. 

Jabatan sebagai majikan akan menjadi lebih prihatin kepada semua ahli warganya, tanpa melihat pangkatdan kedudukannya. Semua pegawai, guru dan kakitangan sokongan yang bernaung di bawah perkhidmatan JPN Selangor akan lebih merasa dihargai. Waris-waris mereka akan berasa dikasihi. Justeru, BADAN IHSAN ini ditubuhkan sebagai suatu usaha bagi mencapai hasrat dan matlamatnya. 

Melalui Badan Ihsan ini, waris/penama kepada ahli yang meninggal dunia akan menerima sumbangansebanyak RM 10,000.00. Disamping itu, semua warga pendidikan termasuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah akan dimaklumkan dan diminta sama-sama menghormati dan mendoakan kesejahteraannya.  Wakil-wakil jabatan, PPD dan sekolah akan mengadakan kunjung ziarah ke rumah ahli warisnya sebagai tanda rasa simpati disampingi menyampaikan sumbangan tersebut.

No comments:

Post a Comment