1.0
PENGENALAN
Melaksanakan
tugas sebagai guru adalah satu tanggungjawab yang cukup berat. Selain daripada
mendidik para pelajar, guru juga bertanggungjawab memastikan anak didik mereka
mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi selepas alam
persekolahan. Tanggungjawab ini adalah berterusan sepanjang tahun bermula
daripada hari pertama persekolahan sehinggalah pelajar selesai menduduki
peperiksaan awam.
Tugas ini menuntut keprihatinan yang jitu daripada guru. Sehubungan itu, program HeadCount diperkenalkan untuk membantu guru merancang sasaran pencapaian bagi mata pelajaran yang di ajar. Selain itu, ianya juga membantu pelajar membina keyakinan untuk mencapai keputusan seperti mana yang diharapkan oleh guru.
2.0 MISI
MENYEDIAKAN SASARAN PENCAPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM YANG LEBIH ANALITIKAL DAN REALISTIK BERDASARKAN PENCAPAIAN SEMASA PELAJAR
3.0 OBJEKTIF PELAKSANAAN
- menyediakan sasaran peratus lulus dan gred purata untuk setiap mata pelajaran dan keseluruhan untuk PMR dan SPM
- membantu pelajar menetapkan halatuju pembelajaran mereka dan lebih fokus kepada pembelajaran mereka
- guru dapat membimbing, memulih serta mengembangkan potensi pelajar ke tahap optimum
4.0
RASIONAL PELAKSANAAN
- Pelajar belajar secara rambang dan tanpa hala tuju. Sebelum ini, mereka tidak pasti tentang keupayaan mereka mencapai gred yang lebih baik daripada biasa. Headcount membantu mereka lebih fokus kepada pencapaian akademik mereka.
- Guru mengajar secara rambang tanpa mengikut kemampuan dan kebolehan pelajar. Program headcount membahagikan pelajar kepada 3 bahagian iaitu kumpulan galus, sederhana dan cemerlang. Guru dapat menjimatkan masa dan mengoptimumkan usaha untuk meningkatkan peratus lulus dan gred purata.
- Pihak pentadbir sekolah dapat membuat pemantauan berstrategik ke atas guru dan murid berdasarkan data yang sah.
- Panitia dan guru dapat merancang program khas mengikut kumpulan pelajar.
- Panitia dan guru lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku kejatuhan dari segi peratus kelulusan dan gred purata. Pelbagai program dapat dirancang untuk mengelakkan ianya berlaku.
Kaedah Pelaksanaan HeadCount
Fasa Perancangan
- Pihak pentadbir dan Unit Peperiksaan menyediakan peratus lulus keseluruhan dan gred purata sekolah untuk PMR dan SPM pada tahun lalu dan diedarkan kepada semua panitia.
- Panitia menetapkan peratus lulus dan gred purata bagi setiap mata pelajaran di bawah naungan mereka (sasaran peratus lulus dan gred purata mestilah melebihi peperiksaan tahun lepas)
- Panitia mengarahkan guru mata pelajaran untuk membuat sasaran bilangan pelajar mengikut gred bagi setiap kelas yang di ajar.
Fasa
Pelaksanaan
- Guru mata pelajaran mengisi fail ‘Headcount SPM’ dan ‘Headcount PMR’ dalam Microsoft Excel yang telah disediakan oleh Unit Peperiksaan.
- Panitia perlu pastikan supaya peratus kelulusan dan gred purata mata pelajaran melebihi peperiksaan tahun lepas.
- Guru mata pelajaran menentukan gred bagi setiap pelajar mengikut jumlah yang telah ditetapkan sebelumnya.
- Guru menyedikan sasaran markah untuk setiap pelajar berdasarkan sasaran gred pelajar.
Fasa Penyediaan Data
- Unit Peperiksaan menyediakan data head count di dalam perisian SAP45 dan SAP 123
- Guru mata pelajaran memasukkan data sasaran markah ke dalam perisian SAP45 dan SAP 123 untuk setiap pelajar.
- Unit Peperiksaan menggabungkan semua data dan memastikan peratus kelulusan dan gred purata menepati sasaran pantia masing-masing.
Fasa Penyediaan Graf
- Setiap pelajar diberikan ‘Kad Penilaian Prestasi’ yang berbentuk graf mengikut bilangan mata pelajaran yang di ambil.
- Dengan bimbingan guru mata pelajaran, pelajar menandakan graf mereka mengikut markah yang diperolehi dan markah sasaran yang diberikan oleh guru masing-masing – Rujuk Penentuan Data Head Count
Fasa
Audit Akademik Pelajar
- Guru memindahkan data di dalam Kad Penilaian Prestasi tersebut ke dalam Borang Data Head Count di dalam fail Audit Akademik Pelajar
- Pentadbir membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk memastikan guru mencapai sasaran yang telah dibuat.
Fasa
Pecutan Akhir
- Selepas sukatan mata pelajaran selesai di ajar, guru-guru mata pelajaran akan membentuk 3 kumpulan berdasarkan kemampuan dan prestasi para pelajar iaitu kumpulan cemerlang, sederhana dan galus (gagal-lulus).
- Semua aktiviti yang dibuat seperti latih tubi dan ulangkaji dilakukan berdasarkan kumpulan tersebut yang mana bertujuan untuk meningkatkan kemampuan pelajar di bahagian sederhana kepada cemerlang dan bahagian galus kepada lulus.
Istilah-istilah Headcount dan Penentuan Data
Di dalam melaksanakan program
ini, anda akan menemui beberapa istilah yang agak pelik yang digunakan sebagai
rujukan dan sasaran. berikut disenaraikan istilah-istilah tersebut dan
maknanya:
- TOV - Take Off Value
(Markah rujukan bagi setiap pelajar) - OTI - Operational Target
Increment
(Markah sasaran bagi setiap pelajar mengikut peperiksaan) - AR - Actual Result
(Markah sebenar yang diperolehi pelajar mengikut peperiksaan) - ETR - Expected Target Result
(Markah sasaran yang akan diperolehi pelajar untuk PMR / SPM / peperiksaan akhir tahun)
Hanya
satu data sahaja digunakan untuk TOV dan ETR tetapi biasanya kita memerlukan 3
data untuk OTI dan AR, disebut sebagai OTI1, OTI2, OTI3, AR1, AR2 dan AR3.
Penentuan data tersebut bergantung kepada PPD atau JPN masing-masing. namun,
saya membuat sedikit pengubahsuaian mengikut keperluan sekolah saya. penentuan
data yang saya berikan di bawah hanyalah sebagai rujukan untuk para guru
sekalian, tidak semestinya sama dengan yang digunakan di sekolah anda.
No comments:
Post a Comment