Pages

Pages

Pages - Menu

Tuesday, September 4, 2012

Latihan Vokasional Untuk Bekas Penagih

HULU LANGAT 4 Sept. - Dalam usaha membantu kerajaan agar tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan melatih bekas penagih dadah dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan tenaga kerja di negara ini.
 
Bagi mencapai tujuan tersebut, AADK menubuhkan pusat rawatan dan pemulihan vokasional (CCVC) yang menawarkan beberapa kursus kemahiran jangka pendek dan panjang kepada bekas penagih di Sepang dekat sini.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, bekas penagih dadah yang ingin mendapatkan kemahiran untuk memudahkan mereka mencari pekerjaan atau belajar berniaga, kini boleh memohon memasuki CCVC yang dibuka sejak Januari lalu.

No comments:

Post a Comment