Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, September 10, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Laporan Awal 2013-2025)



Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja melancarkan  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di KLCC sebentar tadi dan menyifatkannya satu pelan yang begitu komprehensif dan menyeluruh.

Sehubungan itu, langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah cerminan kepada generasi masa depan Malaysia yang lebih gemilang berasaskan pendidikan berkualiti dan merangkumi semua golongan rakyat.

Anda boleh memuat turun Laporan Awal Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mendapatkan segala butiran tentang pelan ini dan bersama mengkajinya. Segala komen amat dihargai kerajaan sebelum ianya menjadi Dasar Pendidikan Negara yang baru sebelum hujung tahun nanti.

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN



Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025

Draf Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025

2 comments:

  1. TIDAK DAPAT DOWNLOAD FILE TERSEBUT. 505 INTERNAL EROR

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada komputer saya tidak ada masalah ktk download

      Delete