Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, September 15, 2012

PENANGGUHAN KE TAHUN 1


PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB
(PENANGGUHAN KE TAHUN 1)

1.    PENYATAAN DASAR
Penangguhan ke Tahun 1 adalah merupakan satu pengecualian mengikuti pendidikan wajib berdasarkan kohort umur sepatutnya murid masuk ke Tahun 1 di tahun semasa yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

2.    TUJUAN
            Memberi peluang penangguhan mengikuti pendidikan wajib kepada ibu bapa yang  
            memerlukan.

3.    PELAKSANAAN DASAR
            3.1  Akta Pendidikan (Pindaan) 2002
Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, “Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian”, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
3.2  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.
3.3  Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

4.    KAEDAH PELAKSANAAN
     4.1  Kes permohonan penangguhan kemasukan ke Tahun 1
Diputuskan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) selaku Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru.
  4.2  Kategori Permohonan Pengecualian;
4.2.1  Kes-kes yang tertakluk di bawah seksyen 29A  merupakan permohonan ibu bapa kohort murid yang lahir pada atau selepas 2 Januari 1996.
4.2.2  Kes-kes yang tidak tertakluk di bawah seksyen 29A merupakan permohonan ibu bapa murid yang lahir sebelum 2 Januari 1996.
     4.3  Pelaksanaan Pengecualian Pendidikan Wajib
Permohonan bagi pengecualian hendaklah mengemukakan alasan-alasan yang munasabah berdasarkan prinsip utama pengecualian kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
     4.4  Golongan murid yang diberi pertimbangan khas untuk pengecualian;
4.4.1  Murid kaum Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang tinggal jauh di pedalaman dan secara tradisinya masih mengamalkan hidup secara berpindah randah.
4.4.2  Murid istimewa seperti yang ditetapkan, contohnya melalui Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas di bawah Akta Pendidikan 1996
4.4.3  Lain-lain Golongan yang ditentukan oleh KPPM
4.5 Permohonan yang boleh dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib di peringkat rendah adalah seperti berikut;
4.5.1  Murid yang mencapai umur enam tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa yang memohon untuk menangguhkan kemasukan ke tahun 1 ke tahun berikutnya.
4.5.2  Lain-lain permohonan
4.6   Permohonan dikemukakan oleh ibu bapa/penjaga kanak-kanak kepada Pendaftar Sekolah dan Guru  Jabatan Pelajaran Negeri/ Wilayah;  
4.7    Murid mengikuti pendidikan rendah sehingga keputusan permohonan pengecualian diluluskan
4.8    Pertimbangan dan kelulusan adalah mengikut kes individu
4.8.1  Pengecualian menyatakan sama ada ia bersifat mutlak atau bersyarat
4.8.2  Pengecualian yang  dibatalkan,  murid dikehendaki mengikuti pendidikan wajib
4.8.3  Ibu bapa boleh membuat rayuan
4.8.4  Rayuan yang ditolak adalah muktamad.
4.8.5  Surat keputusan pengecualian  ditandatangani oleh Ketua Pendaftar, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian atau Pendaftar Negeri/Wilayah.
4.8.6  Pewartaan nama-nama murid
4.8.7  Kos pewartaan akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM.
4.9  Permohonan menggunakan borang permohonan (Borang PPW 2), dan dokumen sokongan yang disahkan.
4.9.1  1 Salinan Kad Pengenalan Bapa (depan dan belakang);
4.9.2  1 Salinan Kad Pengenalan Ibu (depan dan belakang); 
4.9.3  1 Salinan Sijil Lahir Anak (depan dan belakang);
4.9.4  Bukti pendaftaran kemasukan ke tahun 1
4.9.5  Salinan asal laporan doktor; dan
4.9.6  Dokumen lain jika berkenaan.

5.    TARIKH KUATKUASA
Kertas “ Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah” telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.

No comments:

Post a Comment