Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, September 15, 2012

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH


1.         PENYATAAN DASAR
            Semua murid di sekolah-sekolah di Malaysia perlu diberikan peluang mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang meliputi :
  1. Bimbingan dan Kaunseling Individu
  2. Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
  3. Kaunseling Kerjaya
  4. Psikososial dan Kesejahteraan Minda
  5. Kaunseling Keibubapaan
  6. Pembangunan Kendiri & Kepemimpinan
  7. Pendidikan Pencegahan Dadah

2.         TUJUAN
            Dasar Pendidikan di Malaysia bertujuan membolehkan semua murid sekolah di Malaysia menikmati peluang mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi memenuhi keperluan diri dan sebagai panduan mereka dalam menjalani kehidupan seharian melalui 4 pendekatan iaitu:
  1. Pendekatan Pencegahan
  2. Pendekatan Perkembangan
  3. Pendekatan Pemulihan
  4. Pendekatan Krisis
  • Semua murid sekolah mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap dan berkesan.
  • Bimbingan dan kaunseling dapat mengujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan bagi setiap murid ke arah pencapaian prestasi tertinggi mereka.
  • Melahirkan murid seimbang yang mempunyai kepintaran intelek yang tinggi, emosi yang stabil dan berakhlak mulia.
           
3.         PELAKSANAAN DASAR
  • Punca kuasa pelaksanaan adalah merujuk kepada Keputusan Kabinet (1979) berhubung kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah. Melalui keputusan berkenaan, berikutPernyataan melalui Perakuan 79 berhubung dengan Laporan Kabinet  Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran iaitu:
“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”
  • Setiap sekolah menengah diperuntukkan dengan sekurang-kurangnya seorang Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa dengan nisbah 1:500 (GBKSM kepada murid).
  • Bagi sekolah rendah, perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling baru diberi kepada sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 350 orang murid dengan nisbah yang sama iaitu 1:500 (GBKSM kepada murid).
  • Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling disediakan untuk murid dengan meliputi 8 bidang iaitu:
-       Perkhidmatan Kaunseling
-       Akademik
-       Kerjaya
-       Psikologi dan Kesejahteraan Mental
-       Keibubapaan
-       Pembangunan Diri
-       Pendidikan Pencegahan Dadah/Rokok/AIDS/Inhalan
-       Pengurusan dan Pentadbiran
  • Bagi membantu GBKSM, KPM telah mengeluarkan beberapa buah buku sebagai panduan menjalankan tugas. Antaranya:
-       Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-sekolah Malaysia
-       Modul Pengajaran Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah
-       Modul Pengajaran Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
-       Buku Panduan Perlaksanaan Pembimbing Rakan Sebaya
-       Buku Panduan Perlaksanaan Kepemimpinan Sekolah
           
4.         TARIKH KUAT KUASA
            Tahun 1969

No comments:

Post a Comment