Pages

Pages

Pages - Menu

Sunday, October 7, 2012

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)



  • Penubuhan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa menghadiri ‘4th Steering Committee Meeting ADB-OECD Anti-Corruption Initiative for Asia and Pacific’ di Kuala Lumpur. Secara umumnya MACA diharap akan menjadi pusat serantau bagi usaha-usaha meningkatkan kapasiti dan kapabiliti dalam pembanterasan rasuah.
  • Pelbagai institusi dan pertubuhan antarabangsa telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyediakan tenaga pengajar, pakar untuk merangka dan mengendalikan kursus, latihan, seminar, dan bengkel setiap tahun terutamanya di rantau Asia-Pasifik dalam pembenterasan jenayah rasuah. Ini boleh dilaksanakan melalui hubungan dua hala dan pelbagai hala ( bilateral and multilateral ) dengan agensi-agensi penguatkuasa pencegahan rasuah serantau seperti ICAC Hong Kong, FBI, BMR Brunei Darussalam, KICAC( Republic of Korea ), Indonesia, CPIB Singapura, Thailand dan lain-lain lagi. Dengan adanya pelbagai program yang dirancang adalah diharapkan MACA akan muncul sebagai pusat pembelajaran dan latihan terpenting di rantau Asia.
  • Penubuhan MACA ini juga adalah sebagai tanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisma pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, melalui penyediaan kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk modul penyiasatan, pendakwaan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, tatacara kerja, pengurusan dan kewangan, keselamatan, kepimpinan, latihan kejurulatihan ( training of trainers ), teknologi maklumat serta pengajian bahasa terutamanya Bahasa Inggeris.

OBJEKTIF
  • Memantapkan kebebasan, ketelusan dan profesionalisme pegawai SPRM di dalam melaksanakan tugas;
  • Mengukuhkan  Integriti  dan Akauntabiliti pegawai SPRM melalui program latihan yang berkesan dan berterusan
  • Melatih modal insan sektor awam bagi meningkatkan kapasiti dan kapabiliti dalam usaha pencegahan rasuah;
  • Meningkatkan  program latihan pencegahan rasuah melalui perkongsian bestari bersama sektor swasta;
  • Memperluaskan usahasama (collaboration) dan kerjasama (cooperation) dengan agensi penguatkuasaan, institusi latihan dan badan-badan antarabangsa;
  • Menganjurkan program pembangunan kapasiti dan kapabiliti bagi masyarakat global.

VISI
  • Menjadi sebuah pusat kecemerlangan pencegahan rasuah bertaraf dunia
MISI
  • Menerajui pembangunan modal insan SPRM secara dinamik, progresif dan berterusan;
  • Meningkatkan kapasiti dan kapabiliti sektor awam dan swasta dalam usaha pencegahan rasuah melalui perkongsian bestari;
  • Menjalin rangkaian perkongsian strategik di peringkat antarabangsa melalui program latihan pencegahan rasuah.




Kami berjanji  merancang dan melaksanakan program latihan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan:
  • Menyampaikan maklumat kprogram latihan kepada pelanggan sekurang-kurangnya dua (2) minggu untuk program domestik dan tiga (3) bulan bagi program antarabangsa sebelum kursus bermula;
  • Melaksanakan sekurang-kurangnya 90% daripada  program latihan yang dirancang setiap tahun;
  • Menjalankan sekurang-kurangnya dua (2) kajian setahun;
  • Menghasilkan sekurang-kurangnya dua (2) penerbitan setahun ;
  • Menjalankan sekurang-kurangnya dua (2) konsultasi  berbentuk latihan setahun;
  • Memastikan kemudahan dan peralatan disediakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum program bermula;
  • Menyediakan laporan penilaian program latihan selewat-lewatnya tiga (3) minggu selepas tamat program;
  • Memastikan perkhidmatan penginapan disediakan satu (1) hari sebelum program dilaksanakan;
  • Memastikan perkhidmatan sajian disediakan lima belas (15) minit sebelum jadual sajian;
  • Memastikan penyampaian penceramah  program latihan mendapat penilaian tidak kurang daripada lapan puluh (80) peratus.


Logo ini direka semula oleh Shahrim bin Mohamad, Unit Teknologi Maklumat, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Elemen asas yang digunakan dalam rekabentuk adalah garisan, rupa, bentuk dan warna. Motif-motif yang berbeza yang dihasilkan dari penggunaan elemen-elemen tersebut telah disusun secara kreatif yang menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetik disamping berfungsi untuk menggambarkan imej korporat MACA.

Reka bentuk logo MACA ini telah direka berdasarkan kepada misi, visi dan program utama MACA.
 
Bujur
Bentuk elipse yang digunakan menggambarkan MACA sebagai pusat pembelajaran, rujukan, dan kajian pembanterasan rasuah yang professional dan unggul di peringkat antarabangsa(global). .
Segi Empat Tepat
Bentuk empat segi seperti digital pada logo ini pula bermaksud MACA adalah sebagai peneraju dalam menjalankan latihan dan penyelidikan program pencegahan rasuah serta tidak ketinggalan dalam teknologi masa kini.

Bentuk empat segi atau diamond pada logo ini mencerminkan fungsi MACA sebagai pusat akademik yang merancang dan mengendalikan program latihan,kolokium, seminar, forum dan bengkel tempatan, serantau dan antarabangsa. .

Selain itu ia juga mengambarkan MACA dalam menyampaikan latihan dan penyelidikan dengan amanah, jujur ikhlas, bekerjasama , tegas dan berorientasikan pelanggan.

Warna yang digunakan ialah gabungan warna-warna Malaysia.
Biru
Warna biru mencerminkan kod etika kerja MACA iaitu bekerjasama , berdisplin dan rajin bekerja.

Merah
Warna merah pula mencerminkan cekap, tegas dan bersemangat dalam menyampaikan latihan dan penyelidikan.

Kuning
Warna kuning pula mencerminkan kedaulatan diraja serta amanah dan jujur.


No comments:

Post a Comment