Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, October 26, 2012

Anugerah Kencana Mabbim


Kencana bererti emas.Sesuatu yang tinggi mutunya, mulia, berharga dan bernilai ialah makna  kiasan bagi kata emas. Wadah  MBIM/MABBIM merupakan sebuah majlis bahasa yangamat unik,  mulia, lagi bernilai bagi penutur bahasa Melayu/Indonesia.

Individu yang telah mencetuskan gagasan awal penubuhan wadah bahasa ini   perlu  dikenang dan diberi penghargaan yang tinggi oleh ketiga-tiga negara anggota  Mabbim kerana melalui majlis bahasa inilah bahasa yang asalnya serumpun dapat dibina dan dikembangkan sebagai  bahasa ilmu di rantau ini.

Sempena Sambutan 25 Tahun MABBIM, iaitu pada Sidang Ke-37 di Terengganu, Malaysia, ANUGERAH KENCANA MABBIM diwujudkan bagi menghargai individu (dari ketiga-tiga negara anggota) yang telah berjasa kepada perkembangan bahasa Melayu/Indonesia.

Tokoh Kencana MABBIM
(Sempena 25 tahun)
Penerima
Negara
Indonesia
Brunei Darussalam
Malaysia

No comments:

Post a Comment