Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, October 26, 2012

Anugerah Sastera Mastera


Negara Brunei Darussalam telah melahirkan ramai penulis kreatif yang berpotensi dan established sejak awal tahun 1930-an. Bagaimanapun sejak Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1961 hingga kini belum ada satu anugerah khas diberikan kepada penulis-penulis tanah air. Pengiktirafan besar mereka hanya diberikan melalui SEA Award (Thailand), Hadiah Sastera MASTERA (Malaysia) dan ASEAN-COCI.  Memandangkan, Negara Brunei Darussalam melalui MASTERA Brunei Darussalam telah diamanahkan untuk melaksanakan projek Anugerah Sastera khusus kepada Tokoh atau Penulis dari negara-negara pendiri MASTERA, maka adalah menjadi tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka dan pihak-pihak swasta untuk menangani bersama projek yang dianggap berprestij dan berpotensi ini dengan tujuan:

  •            Membuka langkah kepada sikap pemudulian serta keprihatinan bagi
          sama-sama memajukan bidang kesusasteraan bukan sahaja di peringkat
          nasional tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa
  •            Dapat mengangkat imej dan mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam
          dalam bidang kesusasteraan baik di peingkat nasinal, serantau dan
          antarabangsa.
  •            Untuk mewujudkan perpaduan serta semangat kerjasama antara kerajaan dan
          syarikat swasta.
TUJUAN
  • Sebagai penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh  sastera atau penulis
    atau tokoh pejuang sastera yang menulis dalam bahasa Melayu dan bergiat aktif menurut Panel
    telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan Asia Tenggara melalui 
    karya yang bermutu tinggi atau tokoh pejuang sastera yang memperkembangkan kemajuan 
    sastera
  • Mengangkat martabat sastera Melayu di Asia Tenggara.
  • Mengangkat nama penulis sesebuah negara yang menerimanya.
  • Menjadi pendorong kepada penulis memajukan hasil kesusasteraan.
  • Mewujudkan persefahaman serantau.
  • Melalui Anugerah Sastera ini MASTERA akan memperolehi kajian ilmiah
    tentang hasil karya dan/atau sumbangan kegiatan sastera penerima anugerah
    untuk digunakan sebagai kajian dan rujukan sepanjang zaman.
DASAR PELAKSANAAN
  •  Anugerah ini akan diberikan tiga tahun sekali
  •  Anugerah akan diberikan kepada Tokoh Sastera atau Penulis dari negara
     anggota MASTERA sama ada melalui karya yang bermutu tinggi atau
     pejuang sastera yang bergiat memperkembangkan kemajuan sastera
  •  Kemudahan untuk menerbitkan karya bersesuaian di Negara Brunei
     Darussalam.
  •  Penterjemahan dan penerbitan karya yang difikirkan sesuai ke dalam bahasa
     asing di negara masing-masing.
PEMILIHAN TOKOH ANUGERAH SASTERA MASTERA
  •  Bergiat dalam bidang penulisan kreatif seperti novel, cerpen, drama, sajak,
     kritikan atau dalam kegiatan membina dan mengembangkan sastera melalui
     penyelidikan atau persuratan dan sebagainya secara aktif sebelumnya dan
     secara berterusan
  •  Memberi perhatian yang serius terhadap pembinaan dan pengembangan
     sastera secara peribadi atau melalui persatuan atau bidang perkhidmatan.
  •  Cinta kepada kesusasteraan dan kegiatan kesasteraan dan sanggup
     mengorbankan wang, tenaga dan masa demi perkembangan sastera tanah
     air.
  •  Aktif menulis makalah dan menbentangkan kertas kerja di forum, seminar,
     persidangan kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
  •  Kriteria lain yang difikiran perlu oleh Panel dan Panel Negara Ahli.
PANEL PENILAI
Panel terbahagi kepada:
  • PANEL NEGARA AHLI
    Anggota Panel Negara Ahli dilantik oleh negara masing-masing iaitu Malaysia
    dan Indonesia.
  • PANEL PUSAT
    Negara Brunei Darussalam bertindak selaku Panel Pusat. Anggota Panel
    Pusat akan dilantik oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang terdiri
    daripada rakyat kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
    dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam. Mereka dipilih dari kalangan
    cerdik pandai dalam bidang kebudayaan, pendidikan, kemasyarakatan,
    keagamaan dan lain-lain yang mengikut dan memahami perkembangan dan
    kemajuan sastera Melayu dengan sedar dan serius.
TUGAS PANEL NEGARA AHLI
  • Meneliti nama-nama calon dan menilai secara mendalam tokoh yang dicadangkan
    oleh Panel Negara Ahli. Walau bagaimanapun Panel Pusat berhak menolak calon 
    yang dihadapkan oleh Panel Negara Ahli dan negara berkenaan boleh menghadapkan 
    calon yang lain.
  • Mempersetujui calon dari setiap negara ahli untuk menerima Anugerah.
  • Menyediakan Anugerah kepada penerima.

Tokoh Anugerah Sastera Mastera
(Negara Brunei Darussalam 2003)
Penerima
Negara
Brunei Darussalam
Malaysia
Indonesia

No comments:

Post a Comment