Pages

Pages

Pages - Menu

Thursday, October 25, 2012

E-Book Di Terengganu



Pencetus idea penggunaan ebook di Terengganu adalah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri yang melihat pembangunan negeri perlu bermula dengan pendidikan dan pembelajaran yang sempurna dan terkini. Beliau ada menyatakan Kerajaan Negeri yakin prasarana yang kondusif adalah penting bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut membangunkan minda serta sahsiah pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran global.

“Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri menyediakan 25,000 unit e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa-doa dan amalan solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini,” katanya selepas melancarkan e-Book sekolah-sekolah negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini (akhir Mei'09).

Dengan itu seramai 10,438 murid tahun lima dari 127 sekolah di negeri ini akan mula belajar menggunakan buku elektronik ‘e-Book’ dengan penyerahan buku itu yang akan diagih melalui Pejabat Pelajaran di daerah masing-masing. Terbaru, akhir Jun lalu beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal mengagihkan ebook berkenaan di sekolah-sekolah di kawasan tersebut.

Dengan ini bermulalah fasa baru pada pelajar-pelajar tahun lima di negeri ini dan ia akan merubah senario pembelajaran mereka kepada kaedah baru yang lebih baik.  Dato’ Ahmad berkata, selepas ini pelajar-pelajar yang telah menerima e-book dapat belajar dengan lancar dan boleh mengikuti modul pelajaran seperti biasa serta tidak perlu membawa beg yang berat ke sekolah.

Menurutnya, pengagihan seterusnya akan dibuat oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, diikuti wakil rakyat di kawasan masing-masing yang akan dibuat secepat mungkin. Mungkin ada yang masih samara-samar dalam memahami apakah itu ebook dan sebab itulah menimbulkan pelbagai keraguan. Sebenarnya ada banyak definisi tentang e-book, berikut ini adalah definisi-definisi e-book. Ebook adalah berbentuk elektronik dari sebuah buku yang biasanya diterbitkan dalam bentuk tercetak namun kali ini berbentuk digital. The new Concise Oxford English Dictionary (2001) mendefinisikan e-book sebagai sebuah versi elektronik dari sebuah buku tercetak yang dapat dibaca pada sebuah personal computer atau alat lain yang direka khusus untuk membaca e-book.

Berdasarkan definisi-definisi diatas, kita dapat menyimpulkan bahwa ada dua unsur utama dari e-book. Pertama, e-book berbentuk digital. Kedua, penggunaan e-book memerlukan suatu alat, baik ‘hardware’ (peralatan fizikal) mahupun ‘software’ atau perisian dan di Terengganu, ‘mini laptop’ dijadikan sebagai alat pengantaraannya. E-book berkembang dengan cepat akhir-akhir ini, bukan sahaja untuk kegunaan pembelajaran, tetapi di bidang perniagaan, perhotelan, perbankan dan sebagainya e-book sudah begitu meluas digunakan di seluruh dunia.

Dahulunya penulisan-penulisan bahan akademik sahaja dihasilkan menggunakan ebooks yang disebut sebagai e-journal, tetapi hari ini pelbagai penerbitan buku telah menggunakan teknologi e-book. Di negara Portugal (bangsa Portugis) dan Venezuela ebook telah digunakan sepenuhnya di sekolah-sekolah di negara mereka, tetapi tidak wujudlah perisian yang mengandungi panduan solat, pembelajaran al-Quran sebagaimana di Terengganu.

Di tempat-tempat lain penggunaan ebook juga berkembang, terutama di peringkat perpustakaan yang disebut sebagai perpustakaan ebook dan bagi tujuan buku-buku untuk tatapan umum. Ia dikatakan menjimatkan serta mampu menampung bahan dan maklumat yang jika dibukukan dalam bentuk biasa tidak dapat ditampung oleh bangunan dan bilik perpustakaan.

Bahkan di Singapura dikatakan murid-murid sekolah tertentu hanya membawa mikrocip yang sebesar kuku kelingking sahaja ke sekolah, tetapi di dalamnya mengandungi pelbagai kandungan ilmu dan buku. Mungkin selepas ini, dengan nano-teknologi, cip akan semakin mengecil lagi dengan hanya beberapa nano-meter sahaja.

Departemen atau jabatan Pendidikan Nasional di Indonesia dilaporkan melancarkan buku sekolah elektronik 295 judul pada Ogos 2008. Difahamkan pada masa ini telah terdapat 49 judul buku digital yang boleh diperolehi masyarakat melalui internet. Dengan adanya buku sekolah elektronik maka siapapun berhak untuk ‘download’, mencetak, memperbanyak dan menjualnya dengan ketepan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau jabatan berkenaan.

Satu iklan ditemui dalam internet mengiklankan perisian ebook dengan kandungan 60,000 judul dan dalam 104 bahasa. Bayangkanlah kalau ia dicetak dalam bentuk buku bercetak, di mana boleh diletakkan 60,000 buah buku dikali pula dengan 104 bahasa (terjemahan) menjadikan 6,240,000 (enam juga dua ratus empat puluh buah, judul buku).

Apa yang dilakukan oleh kepemimpinan Terengganu ini adalah merupakan suatu persediaan awal untuk menghadapi gelombang perubahan dunia yang di masa akan datang yang lebih canggih dan pantas perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat. Jika tidak dibuat persediaan awal pastinya kita akan tertinggal dan ditinggalkan

No comments:

Post a Comment