Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, October 26, 2012

HADIAH SASTERA MASTERA

Pengenalan: 
Penubuhan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) pada 12 Ogos 1996, di Kuala Lumpur, Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara negara rantau ini demi membina dan mengembangkan sastera berbahasa Melayu/Indonesia. Salah satu program Nusantara, sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi MASTERA, ialah Hadiah Sastera MASTERA. Hadiah ini adalah salah satu bentuk inisiatif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara anggota pendiri, iaitu Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia bagi memenuhi pernyataan yang berikut;
"Mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan memajukan bakat, penterjemahan penerbitan dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera?.
Tujuan:
Mengenal pasti karya-karya sastera bermutu dalam pelbagai genre yang asli ditulis  dalam bahasa Melayu/Indonesia atau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di  negara-negara rantau Asia Tenggara 
 
Memberikan pengiktirafan bertaraf rantau kepada bermutu dan kepada para penulis yang menghasilkannya dalam sesuatu tahun penilaian.

Bidang Penilaian:  (Karya Perseorangan)
Kumpulan puisi
  • Kumpulan cerpen
  • Novel
  • Drama pentas
  • Kajian sastera / kumpulan esei kritik
 Pelaksanaan
 Setiap negara akan memilih tiga(3) karya terbaik yang mewakili lima(5) genre tersebut
   untuk dinilai di Peringkat Rantau.
  • Mastera Malaysia akan membentuk Panel Induk yang terdiri daripada wakil dari ketiga-tiga negara pendiri dan Singapura(sebagai wakil negara pemerhati)untuk memilih eorang pemenang dari setiap negara.
  • Setiap pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM10,000.00 berserta sijil dan plak.

    Hadiah Sastera MASTERA 1999
    Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Luar Negeri pada 25 Ogos 1999 di Hotel Istana, Kuala Lumpur sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Bandingan 25-27 Ogos 1999.  
      
     
    Penerima Hadiah
    Negara
    Judul
    Badaruddin H.OBrunei Darussalam  
    Episod-Episod Si Awang  
    (Antologi Puisi)  
    Indonesia 
    Dari Lembah ke Coolibah, Welas Asih Merengkuh Tajali, Menyucikan Perselingkuhan 
    (Trilogi Novel) 
    Malaysia 
    Rasa ? Fenomenologi: Penerapan Terhadap Karya A. Samad Said   
    (Esei Kritikan)
        
    Hadiah Sastera MASTERA 2001
    Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Datuk Musa Mohamed yang mewakili Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Mahathir Mohamad pada 26 Ogos 2001 di Hotel Istana, Kuala Lumpur sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-2.  
    Penerima Hadiah
    Negara
    Judul
    Muslim BurmatBrunei Darussalam  Urih Pesisir  
     
    KuntowijoyoIndonesia Mantra Pejinak Ular  
     
    Muhammad Haji SallehMalaysia Puitika Sastera Melayu 
     
     
    Mulai tahun 2003 ada sedikit perubahan dalam dasar pelaksanaan Hadiah Sastera MASTERA. Kali ini hadiah dibahagi kepada dua(2) kategori iaitu Karya Kreatif dan Karya Bukan Kreatif.  Mulai tahun 2005 diadakan pula hadiah penghargaan sekiranya
    ada karya yang layak.
    Hadiah Sastera MASTERA 2003
    Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA telah disempurnakan oleh Y.B.Dato? Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Malaysia pada 22 September 2003 di Hotel Grand Maya, Kuala Lumpur sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-3.   
                           Penerima Hadiah Sastera MASTERA Ke-3     
     Karya Kreatif
    Penerima Hadiah
    Negara
    Judul Karya
    Penerbit
    Zefri Ariff BruneiBrunei Darussalam  Rapat (Kumpulan Drama Pentas)
     
    Universiti Brunei Darussalam(2002)
    Abrar YusraIndonesiaTanah Ombak (Novel)  Penerbit Buku Kompas(2002)
    Anwar Ridhwan Malaysia Naratif Ogonshoto (Kumpulan Cerpen)Matahari Infocomatec
     

                                                                     
    Karya Bukan Kreatif
    Penerima Hadiah
    NegaraJudul Karya
        Penerbit
    Abdul Hadi W.M Indonesia  Tasawuf Yang Tertindas
    (Kumpulan Drama Pentas) 
    Kajian Hermeneutik Atas 
    Karya-karyanya  
     
    Penerbit Paramadina (2001)                                        

No comments:

Post a Comment