Pages

Pages

Pages - Menu

Tuesday, October 16, 2012

Mengarus perdana pendidikan vokasional


Perlaksanaan Pelan Transformasi Vokasional (PTV) yang mula berkuatkuasa tahun ini bukan sekadar menyediakan satu kemudahan alternatif dalam sistem pendidikan negara malah membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun.

Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah Kementerian Pelajaran, Zainuren Mohd. Nor berkata, anjakan baru yang dibuat terhadap pendidikan teknikal dan vokasional itu bagi mengubah persepsi masyarakat yang melihat pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang lemah atau dikategorikan sebagai kelas kedua.

"Transformasi besar-besaran ini diharap dapat mengubah stigma masyarakat yang menganggap pendidikan vokasional hanya untuk pelajar kelas kedua dan tanggapan tersebut tidak berasas sama sekali,"katanya pada sidang akhbar taklimat media program PTV di Kolej Vokasional Beaufort, Sabah baru-baru ini.

Kolej Vokasional Beufort merupakan salah satu daripada 15 buah sekolah menengah vokasional di seluruh negara terlibat dalam program menaik taraf sekolah vokasional kepada kolej vokasional (KV) di bawah program PTV pada tahun ini.

Selain menaik taraf sekolah vokasional kepada kolej vokasional, Kementerian Pelajaran turut melaksanakan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di bawah program yang sama melibatkan projek rintis di 15 buah sekolah harian atau sekolah menengah kebangsaan.

Menurut Zainuren, program PAV disediakan di peringkat sekolah menengah rendah iaitu tingkatan satu hingga tiga di sekolah harian dan terbahagi kepada akademik serta vokasional termasuk pengkhususan kemahiran keusahawanan.

PAV memberi pilihan kepada pelajar yang cenderung dan berminat dalam bidang kemahiran vokasional di samping membolehkan mereka mendapat sijil kemahiran yang diperakui kerajaan serta industri pada usia yang lebih muda.

Program seumpama itu telah dipraktikkan lebih awal di Singapura dan China.
Komponen kurikulum PAV merangkumi jati diri (komunikasi, patriotisme, sahsiah), teknologi vokasional (teknologi-sains, matematik), kemahiran vokasional (vokasional asas/spesifik-ekonomi rumah tangga, elektrik, elektronik) dan kemahiran keusahawanan.

Bagi program KV, pelajar akan mengikuti pengajian diploma selama empat tahun dan bukan lagi di peringkat sijil seperti sebelum ini iaitu tahun satu dan dua (peringkat pra diploma) manakala tahun tiga dan empat pula di peringkat diploma penuh.

"Ini bermakna, pelajar yang selesai pengajian program KV selepas memenuhi kelayakan akan terus mendapat diploma di samping menjalani program latihan bekerja dengan industri selama enam bulan," katanya.

Kata beliau, struktur kurikulum KV mengandungi tiga modul iaitu akademik, vokasional dan kompetensi.

Modul akademik terdiri dari- pada semua mata pelajaran Teras seperti Pengajian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. UM



No comments:

Post a Comment