Pages

Pages

Pages - Menu

Tuesday, October 2, 2012

'Warga asing wajib ujian bahasa Melayu'


Kota Bharu: Semua warga asing di negara ini dicadang diwajibkan mengikuti ujian kecekapan bahasa Melayu dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan mereka. 

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan, berkata pihaknya sudah siap menggubal kertas cadangan berkenaan dan berharap ia boleh dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan. 
Harap usaha berhasil 

Beliau berharap usaha itu menjadi kenyataan apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan di Negeri Sembilan minggu depan, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasakan bahasa Melayu dalam kalangan warga asing. 

DBP sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya mewajibkan warga asing di negara ini menguasai bahasa Melayu dan berharap ia diterima untuk dibawa ke Kabinet. Sebelum ini DBP mencadangkan inisiatif sama kepada Kementerian Pengajian Tinggi khusus untuk pelajar asing, namun tiada sebarang keputusan dihasilkan, katanya. 

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim, di sini semalam. 

Usah antibahasa asing 
Awang berkata, adalah sesuatu yang mengecewakan apabila negara lain antaranya Jerman, Korea Selatan dan Jepun mewajibkan penggunaan bahasa ibunda mereka terhadap warga asing yang berada di negara berkenaan. 

Sementara itu, Nik Aziz dalam ucapannya, menegaskan rakyat Malaysia tidak harus bersikap anti kepada bahasa asing, bahkan perlu mempelajarinya terutama bahasa Arab yang dianggap bahasa mulia serta bahasa Inggeris yang kini bahasa antarabangsa.

No comments:

Post a Comment